Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga amalan lindungi wanita daripada serangan kanser payudara

-

KUCHING: Kajian ke atas 7,663 wanita menunjukka­n bahawa penyusuan susu ibu, aktiviti fizikal yang kerap dan pengambila­n soya dapat melindungi seseorang daripada diserang kanser payudara.

Tiga faktor pelindung ini, dapat mengurangk­an risiko menghidap kanser payudara yang dikenal pasti oleh kajian ke atas ribuan wanita di negara ini.

Kajian Kanser Malaysia (CRM) menerusi kenyataan akhbarnya berkata, kajian itu penting kerana melibatkan 3,683 kes kanser payudara dan 3,980 wanita sihat di Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Pusat Perubatan Subang Jaya.

“Kajian ini menunjukka­n penyusuan susu ibu dan aktiviti fizikal yang kerap serta pengambila­n soya mungkin melindungi wanita Malaysia daripada kanser payudara.

“Hasil kajian ini adalah konsisten dengan kajian-kajian yang sama di negara-negara lain,” jelas CRM.

Penemuan Kanser Payudara Malaysia (MyBrCa), kajian genetik, kajian Kepadatan Mamografik Malaysia (MyMammo) dan CRM mendapati insiden kanser itu di Malaysia dijangka meningkat dengan drastik.

Ini kerana rakyat mengalami peralihan kepada pengambila­n lebih banyak makanan barat yang tingi lemak dan gula, memilih gaya hidup kurang aktif dan mempunyai saiz keluarga yang lebih kecil.

Bagaimanap­un, berita baik ialah kajian melibatkan 7,663 wanita Malaysia baru-baru ini menunjukka­n amalan menyusu ibu, aktiviti fizikal dan pengambil soya adalah pelindung daripada diserang kanser payudara.

Sementara itu, kajian genetik dilakukan MyBrCa dan MyMammo merupakan sebahagian daripada kajian di CRM yang mengkaji faktor genetik, gaya hidup, hormon, kesuburan dan mamografik serta hubung kaitnya dengan risiko menghidap kanser payudara.

Profesor Emeritus daripada Universiti Malaya yang juga Konsultan Bedah Payudara dan salah satu orang penting kajian itu, Profesor Datuk Yip Cheng Har dipetik sebagai berkata:

“Penemuan ini penting kerana ia menambah kefahaman tentang faktor hormon, kesuburan dan gaya hidup yang dikaitkan dengan kanser payudara dalam kalangan wanita Malaysia. Majoriti kajian kanser payudara dilakukan di kalangan orang Eropah dan sedikit sahaja melibatkan wanita Malaysia.

“Keputusan hari ini akan membantu dalam mendorong kempen kesedaran awam supaya dapat mengurangk­an kadar barah payudara di Malaysia,” tambah Yip.

Kajian menunjukka­n bahawa wanita yang menyusukan anak lebih daripada 12 bulan adalah 70 peratus kurang berkemungk­inan untuk mendapat kanser payudara.

“Memandangk­an lebih ramai wanita bekerja, dari aspek penyusuan susu ibu kami merasakan penting bagi majikan untuk mengambil kira keputusan kajian ini dan menyediaka­n persekitar­an lebih menyokong serta menggalakk­an pekerja wanita terus menyusukan anak,” kata Dr Tan Min Min, rakan penyelidik­an doktor daripapada Universiti Nottingham Malaysia dan salah seorang penyelidik kajian itu.

“Kami telah mengumpul data yang berkaitan dengan kanser payudara sejak tahun 1993 daripada wanita yang menghadiri mamogram oportunist­ik sejak 2015 di Pusat Perubatan Universiti Malaya.

“Kajian skala besar kini membolehka­n kita menawan landskap kanser payudara di Malaysia,” tambah pakar bedah, perunding dan ketua doctor Universiti Malaya Profesor Nur Aishah Mohd Taib.

Sementara ketua statistik dalam kajian dari Universiti Nottingham Profesor Madya Ho Weang Kee berkata:

“Wanita yang aktif secara fizikal diketahui telah mengurangk­an risiko penyakit tidak berjangkit seperti diabetes, penyakit kardiovask­ular dan kanser.

“Keputusan kajian ini mengesahka­n bahawa wanita yang aktif secara fizikal mempunyai kira-kira 30 hingga 60 peratus mengurangk­an risiko menghidap kanser payudara.

Walaupun bilangan wanita yang dilaporkan pengambila­n soya agak rendah dalam kajian ini, keputusan menunjukka­n, mengambil sekurang-kurangnya secawan susu soya atau hidangan produk soya sekali seminggu dikaitkan dengan kira-kira 80 peratus dan 60 peratus mengurangk­an risiko kanser payudara.

CRM kini bekerjasam­a dengan Universiti Nottingham Malaysia, Pusat Perubatan Subang Jaya dan Universiti Malaya untuk mengkaji kesan soya dan barah payudara secara meluas.

Kajian itu penting untuk menentukan sama ada wanita yang mula mengambil soya pada usia 40-an dan 50an boleh mengurangk­an risiko mereka menghidap barah payudara.

“Insiden barah payudara meningkat di Malaysia dan difahamkan faktor-faktor risiko penyakit ini mungkin menerusi kajian kawalan kes berskala besar seperti kajian genetik oleh MyBrCa.

“Kami dibiayai sepenuhnya oleh geran penyelidik­an dan amal dan kami berharap akan terus memberi sumbangan penting dalam pencegahan dan pengesanan awal barah payudara di Malaysia,” kata Ketua Pegawai Eksekutif CRM Profesor Teo Soo Hwang, selaku ketua penyiasat kajian.

 ??  ?? MAHU PENJELASAN: Dr Teo dan Horry (hadapan, lima dan empat dari kiri) bersama pemegang TOL yang lain pada sidang media di Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Miri semalam.
MAHU PENJELASAN: Dr Teo dan Horry (hadapan, lima dan empat dari kiri) bersama pemegang TOL yang lain pada sidang media di Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Miri semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia