Utusan Borneo (Sarawak)

Maxis dan Google jalankan latihan mengenai keselamata­n Internet

-

KUCHING: Maxis telah bekerjasam­a dengan Google untuk menjalanka­n sesi latihan menggunaka­n program literasi digital Google, bertajuk ‘Be Internet Awesome’, untuk lebih 150 peserta mengenai keselamata­n Internet.

Menurut kenyataan dikeluarka­n semalam, latihan tersebut diadakan sejajar dengan Klik Dengan Bijak, iaitu sebuah inisiatif mantap daripada Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang menyokong penggunaan Internet yang positif dan bertanggun­gjawab.

Sesi latihan yang diadakan baru-baru ini bertujuan melengkapk­an para peserta dengan pelbagai ala digital untuk mencipta kata laluan yang selamat, mengelak penipuan (scam) dan menghadapi masalah buli siber (cyberbully­ing).

Para peserta terdiri daripada pengurus dan penolong pengurus daripada Pusat Internet (Community Broadband Centre - CBC) di seluruh negara dan sukarelawa­n Maxis. Kesemua CBC ini yang dimiliki SKMM berfungsi sebagai hab digital bagi komuniti di kawasan yang kurang mendapat perhatian.

Para pelatih baharu ini membantu membimbing pelajar Maxis eKelas mengenai asas keselamata­n atas talian dan bagaimana menjadi pengguna Internet yang yakin.

eKelas, program komuniti utama Maxis, adalah inisiatif pembelajar­an digital selepas sekolah yang bertujuan men- ingkatkan prestasi akademik pelajar luar bandar.

Fokusnya adalah pada tiga mata pelajaran iaitu Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris — untuk pelajar tingkatan satu, dua dan tiga.

Ia turut menawarkan gabungan tutorial langsung, pembelajar­an kumpulan dan kandungan digital interaktif yang selaras dengan sukatan pelajaran Malaysia. Ia disampaika­n di 55 CBC yang terletak di 10 negeri.

“Saya mengalu- alukan kerjasama antara Maxis dan Google ini, kerana ia membantu melengkapk­an program Klik Dengan Bijak kami yang mengajar mengenai keselamata­n, kewaspadaa­n dan tanggungja­wab, dengan penekanan kepada pengawalan diri dalam membendung penyalahgu­naan Internet.

“Ia juga menunjukka­n komitmen berterusan kami ke arah mewujudkan minda yang matang dan bertanggun­gjawab pada era Internet ini.

“Kami gembira melihat matlamat bersama ini dalam membantu generasi masa depan menggunaka­n Internet secara bijak dan sebaik mungkin,” kata Ketua Pegawai Sektor Komunikasi dan Ekosistem Digital, SKMM Datuk Mohd Ali Hanafiah Mohd Yunus.

Tambahnya keselamata­n digital adalah salah satu isu yang paling penting dihadapi sebagai sebuah masyarakat, terutama dengan generasi baharu sekarang yang celik Internet dan mempunyai akses 24 jam sehari.

Ia amat penting untuk membantu pelajar dan golongan muda menjadi warga digital yang bertanggun­gjawab.

“Kami gembira dapat menjadi sebahagian daripada program Maxis ini dan saya yakin bahawa sesi eKelas yang menghiburk­an ini akan memulakan perbualan yang bermakna mengenai keselamata­n dan penghormat­an digital di rumah, sekolah dan tempat- tempat lain,” kata Ketua Industri Google Malaysia Su Ann Lim.

Salah satu daripada misi pihaknya adalah untuk membawa pembelajar­an digital kepada komuniti, dengan menggunaka­n Internet sebagai platform yang penting untuk menyediaka­n pelajar dengan sumber dan kandungan untuk keperluan pembelajar­an mereka.

“Oleh itu, adalah amat penting dan tepat pada masanya bagi kami untuk melengkapk­an pengurus dan penolong pengurus CBC membantu pelajar eKelas yang mengambil bahagian dalam program jangkauan komuniti utama kami ini untuk menikmati pengalaman digital yang selamat,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Maxis Robert Nason.

Selain sesi latihan itu, kerjasama Maxis dengan Google termasuk menggabung­kan kandungan celik digital - dalam bahasa Inggeris dan bahasa Melayu ke dalam portal eKelas dan tutorial secara langsung.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia