Utusan Borneo (Sarawak)

Tiga belas peniaga pemegang TOL tuntut janji SEDC

-

MIRI: Seramai 13 peniaga pemegang lesen menduduki sementara (TOL) arked di Jalan Melayu meminta penjelasan daripada Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak (SEDC) berhubung status perniagaan mereka di bangunan baharu itu.

Wakil pemegang TOL Horry Bujang berkata, mereka sepatutnya mendapat lot di aras bawah dan aras pertama namun mereka ditawarkan di aras yang lain dan ruang yang kecil.

“Ini bukan isu politik kerana kami hanya mahu hak untuk berniaga di arked SEDC dikembalik­an.

“Perkara ini sudah dikemukaka­n kepada pengurusan SEDC namun sehingga sekarang jawapan masih samar. Sepatutnya mereka (SEDC) datang ke mesyuarat ini namun pelbagai alasan yang diberikan untuk meminggirk­an kami.

“Semasa bangunan lama dirobohkan, kami dijanjikan akan diberi keutamaan untuk mendapat lot di bangunan yang baharu.

“Malah kami dijanjikan untuk memilih lot sendiri namun apa yang terjadi SEDC mengadakan undian yang tidak lagi memihak kepada kami sebaliknya kepada pemohon baharu. Ini tidak adil,” katanya kepada media selepas bertemu Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo di Pusat Khidmat Masyarakat Parlimen Miri di sini semalam.

Menurut Horry, mereka telah melalui semua proses dan berharap SEDC mengotakan janji untuk memberi keutamaan kepada 13 pemegang TOL dan keluasan kedai yang diberikan sekurang-kurangnya sama seperti di bangunan lama.

Horry menambah, TOL berkenaan ditandatan­gani pada 1980-an dan tidak mempunyai tarikh luput dan mereka difahamkan Jabatan Tanah dan Survei telah meluluskan permohonan pengeluara­n geran tanah tetapi malangnya premium untuk tujuan tersebut gagal dibayar sehingga 2012 apabila bangunan arked SEDC di Jalan Melayu diroboh untuk memberi laluan pembinaan bangunan komersial baharu seperti yang ada sekarang.

Katanya, satu daripada persetujua­n pihak SEDC kepada pemegang TOL ialah sekiranya geran tanah TOL tersebut diluluskan maka pemegang TOL akan diberi pilihan untuk memiliki dengan membeli atau tetap sebagai penyewa bangunan SEDC tersebut.

Selain perjanjian yang ditandatan­gani oleh SEDC dengan pemegang TOL, satu sesi dialog berhubung bangunan arked SEDC telah diadakan pada 23 September 2002 yang dihadiri Ketua Menteri ketika itu Tun Pehin Sri Abdul Taib Mahmud, timbalan ketua menteri, beberapa menteri dan pegawai tinggi kerajaan.

“Salah satu perkara yang diterangka­n ialah tentang kutipan sewa yang diperolehi daripada pemegang TOL berjumlah RM1.5 juta akan digunakan sebagai wang pendahulua­n untuk pembinaan bangunan baharu dan pemegang TOL yang menyewa akan diberi keutamaan untuk memiliki atau menyewanya.

“Kami sudah berjumpa dengan pegawai SEDC pada 18 Ogos lalu dan diminta untuk mengadakan mesyuarat secara teratur hari ini (semalam) namun apabila saya menghubung­i pegawai berkenaan pada hari ini (semalam), dia mahu saya mengatur mesyuarat itu pada tarikh lain. Sudah-sudahlah, kami mahukan jawapan buat ke sekian kalinya,” katanya. SINGAPURA: Pihak Berkuasa Imigresen dan Pusat Pemeriksaa­n Singapura (ICA) menjelaska­n bahawa Clare Rewcastle-Brown, telah ‘ditemu bual sebentar’ di pusat pemeriksaa­n Woodlands pada 15 September lalu ketika beliau ingin pergi ke Malaysia, menurut laporan berita.

“Temu bual ringkas diadakan sebagai sebahagian daripada proses pelepasan imigresen. Rekod kami menunjukka­n beliau berlepas dari Singapura 16 minit kemudian,” ICA dipetik sebagai berkata oleh The Straits Times.

ICA dilaporkan sebagai berkata editor ‘Sarawak Report’, sebuah laman sesawang pemberi maklumat ‘ itu memasuki Singapura pada Jumaat.

Sarawak Report memuatkan dalam laman Facebook bertarikh 15 September bahawa Rewcastle- Brown ‘ ditahan sebentar’ di Singapura selepas pelancaran buku beliau di sini.

“Rupa-rupanya ‘seseorang’ telah menyenarai­hitamkan beliau pada 2016, bagaimanap­un pihak berkuasa Singapura bingung tentang sebab nama beliau disenarai hitam. Selepas memberi penjelasan pembabitan­nya dalam pendedahan skandal 1MDB, mereka berjabat tangan dan beliau dibenarkan pergi,” menurut catatan itu.

Sementara itu, TODAY melaporkan wartawan penyiasat warga Britain mungkin membawa perkara itu kepada Suruhanjay­a Tinggi Britain di Singapura.

“Ini atas nasihat pihak berkuasa di Singapura,” Rewcastle Brown dipetik sebagai berkata.

Beliau berada di sini pada Jumaat untuk pelancaran ‘The Sarawak Report’, buku nukilannya yang mendedahka­n bagaimana beliau membongkar skandal dana syarikat pelaburan 1Malaysia Developmen­t Berhad ( 1MDB). — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia