Utusan Borneo (Sarawak)

Kerusi DUN Sungai Sibuga dan Parlimen Libaran juga kekal milik BN selepas mahkamah menolak petisyen calon WARISAN

-

G E O R G E T O W N : Mahkamah Khas Pilihan Raya di sini semalam mengekalka­n kemenangan Barisan Nasional ( BN) bagi kerusi Parlimen Tasek Gelugor selepas menolak petisyen pilihan raya yang difailkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) terhadap keputusan Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) bagi kawasan Parlimen itu.

Hakim Datuk Hashim Hamzah membuat keputusan itu selepas membenarka­n bantahan awal yang dikemukaka­n Ahli Parlimen Tasek Gelugor Datuk Shabudin Yahaya, sekali gus menolak petisyen pilihan raya yang dikemukaka­n Senator Datuk Marzuki Yahya.

Marzuki yang juga pengerusi BERSATU Pulau Pinang memfailkan petisyen itu dengan menamakan penyandang kerusi Parlimen itu Shabudin sebagai responden pertama, Pegawai Pengurus Pilihan Raya Dewan Undangan Negeri bagi Bahagian Pilihan Raya P042 Tasek Gelugor sebagai responden kedua dan Suruhanjay­a Pilihan Raya (SPR) sebagai responden ketiga.

Dalam penghakima­nnya, Hashim berkata petisyen yang difailkan Marzuki selaku pempetisye­n adalah tidak mengikut undang-undang.

“Setelah meneliti fakta, hujah dan dapatan daripada semua pihak, bantahan awal ini adalah berasas dan mahkamah membatalka­n petisyen yang telah difailkan oleh pempetisye­n,” katanya sambil memerintah­kan Marzuki membayar kos RM10,000 kepada Shabudin.

Bayaran kos tidak dikenakan kepada responden kedua dan ketiga kerana masing-masing telah menarik balik bantahan awal berkenaan.

Marzuki yang juga Timbalan Menteri Luar diwakili peguam Muhammad Rafique Rashid Ali manakala Shabudin diwakili peguam Simon Tan.

Shabudin ketika ditemui pemberita di luar mahkamah berkata, beliau bersyukur dapat mempertaha­nkan kerusi Parlimenny­a dan berazam untuk meneruskan khidmatnya sebagai Ahli Parlimen dengan berkesan serta menunaikan tanggungja­wab dan apa yang termampu dijanjikan oleh BN sebelum ini.

Sementara itu, Muhammad Rafique berkata pihaknya akan berbincang dengan anak guamnya sama ada untuk memfailkan rayuan atau tidak.

“Rayuan mesti difailkan dalam masa 14 hari terus ke Mahkamah Persekutua­n dan kami rasa kami mempunyai hak bukan sahaja untuk merayu tapi saya sesungguhn­ya percaya sekiranya Datuk Marzuki ambil pendekatan untuk merayu kita mungkin boleh mengubah cara mahkamah melihat kepada petisyen- petisyen pilihan raya,” katanya.

Pada 12 Jun lepas, Marzuki memfailkan petisyen pilihan raya itu untuk memohon agar Pilihan Raya Kecil bagi Parlimen Tasek Gelugor diadakan.

Selain itu, beliau turut memohon pengiraan undi dibuat semula berikutan dalam Perkara PeraturanP­eraturan Pilihan Raya (Perjalanan Pilihan Raya) 1981, calon adalah berhak untuk meminta kiraan semula undi apabila keputusan itu hanya terdapat perbezaan kurang daripada empat peratus.

Pada PRU14, 9 Mei lepas, Marzuki yang bertanding atas tiket PKR tewas kepada Shabudin dengan majoriti hanya 81 undi. Marzuki memperoleh 18,466 undi berbanding Shabudin (18,547) manakala calon PAS, Rizal Hafiz Ruslan memperoleh 14,891 undi.

S e m e n t a r a i t u d i SANDAKAN, kerusi Dewan Undangan Negeri ( DUN) Sungai Sibuga dan Parlimen Libaran kekal milik BN selepas Mahkamah Khas Pilihan Raya di sini semalam menolak petisyen calon Parti Warisan Sabah (WARISAN).

Hakim Azhahari Kamal Ramli berkata, keputusan itu dibuat selepas meneliti semua afidavit dan hujahan bertulis yang difailkan kedua- dua pihak.

Petisyen terhadap kerusi DUN Sungai Sibuga difailkan oleh Asmara Abdul Rahman yang juga calon WARISAN bagi kerusi berkenaan pada PRU14 pada 9 Mei lepas.

Asmara menamakan bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga sebagai responden pertama, Pegawai Pilihan Raya DUN Sungai Sibuga dan Suruhjanya Pilihan Raya ( SPR) sebagai responden kedua dan ketiga.

Sementara petisyen bagi kerusi Parlimen Libaran difailkan oleh Irwanshah Mustapa, calon WARISAN bagi kerusi itu dengan menamakan penyandang kerusi itu Zakaria Mohd Edris sebagai responden pertama, Pegawai Pilihan Raya Parlimen Libaran dan SPR sebagai responden kedua dan ketiga.

Asmara dan Irwanshah menerusi petisyen difailkan pada 18 Jun lepas memohon keputusan SPR yang mengisytih­arkan Musa dan Zakaria sebagai pemenang pada PRU14 masing-masing di kerusi DUN Sungai Sibuga dan Parlimen Libaran dibatalkan kerana disyaki menggunaka­n rasuah sebelum dan semasa pilihan raya.

Hakim Azhahari berkata, selepas mempertimb­angkan permohonan itu, mahkamah berpendapa­t bahawa beberapa peraturan tidak dipatuhi antara lain bahawa pihak pempetisye­n hanya meninggalk­an dua salinan petisyen sedangkan Peraturan 3( 1) dan (3) menunjukka­n pemohon mesti meninggalk­an tiga salinan.

Katanya, ia juga menunjukka­n pemohon gagal mematuhi Seksyen 38(1)(a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang mengkehend­aki petisyen atas alasan amalan rasuah dan secara khusus menuntut pembayaran wang boleh difailkan dalam masa 28 hari daripada tarikh pembayaran.

Hakim mengarahka­n pemohon membayar kos RM30,000 kepada responden pertama dan RM10,000 masing-masing kepada responden kedua dan ketiga.

Musa diwakili barisan peguam Jeyan Marimuttu, Rizwandean M Borhan, Mohd Reduan Aklee dan Mohd Azhier Farhan Arisin, manakala Zakaria diwakili peguam Abdul Fikry Jaafar.

Asmara dan Irwanshah diwakili peguam Majnah Abdillah dan peguam Zaleha Mohd Yusuf Pan. S e m e n t a r a i t u d i SANDAKAN, kerusi Dewan Undangan Negeri ( DUN) Sungai Sibuga dan Parlimen Libaran kekal milik BN selepas Mahkamah Khas Pilihan Raya di sini semalam menolak petisyen calon Parti Warisan Sabah (WARISAN).

Hakim Azhahari Kamal Ramli berkata, keputusan itu dibuat selepas meneliti semua afidavit dan hujahan bertulis yang difailkan kedua- dua pihak.

Petisyen terhadap kerusi DUN Sungai Sibuga difailkan oleh Asmara Abdul Rahman yang juga calon WARISAN bagi kerusi berkenaan pada PRU14 pada 9 Mei lepas.

Asmara menamakan bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Sibuga sebagai responden pertama, Pegawai Pilihan Raya DUN Sungai Sibuga dan Suruhjanya Pilihan Raya ( SPR) sebagai responden kedua dan ketiga.

Sementara petisyen bagi kerusi Parlimen Libaran difailkan oleh Irwanshah Mustapa, calon WARISAN bagi kerusi itu dengan menamakan penyandang kerusi itu Zakaria Mohd Edris sebagai responden pertama, Pegawai Pilihan Raya Parlimen Libaran dan SPR sebagai responden kedua dan ketiga.

Asmara dan Irwanshah menerusi petisyen difailkan pada 18 Jun lepas memohon keputusan SPR yang mengisytih­arkan Musa dan Zakaria sebagai pemenang pada PRU14 masing-masing di kerusi DUN Sungai Sibuga dan Parlimen Libaran dibatalkan kerana disyaki menggunaka­n rasuah sebelum dan semasa pilihan raya.

Hakim Azhahari berkata, selepas mempertimb­angkan permohonan itu, mahkamah berpendapa­t bahawa beberapa peraturan tidak dipatuhi antara lain bahawa pihak pempetisye­n hanya meninggalk­an dua salinan petisyen sedangkan Peraturan 3( 1) dan (3) menunjukka­n pemohon mesti meninggalk­an tiga salinan.

Katanya, ia juga menunjukka­n pemohon gagal mematuhi Seksyen 38(1)(a) Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 yang mengkehend­aki petisyen atas alasan amalan rasuah dan secara khusus menuntut pembayaran wang boleh difailkan dalam masa 28 hari daripada tarikh pembayaran.

Hakim mengarahka­n pemohon membayar kos RM30,000 kepada responden pertama dan RM10,000 masing-masing kepada responden kedua dan ketiga.

Musa diwakili barisan peguam Jeyan Marimuttu, Rizwandean M Borhan, Mohd Reduan Aklee dan Mohd Azhier Farhan Arisin, manakala Zakaria diwakili peguam Abdul Fikry Jaafar.

Asmara dan Irwanshah diwakili peguam Majnah Abdillah dan peguam Zaleha Mohd Yusuf Pan. — Bernama

Setelah meneliti fakta, hujah dan dapatan daripada semua pihak, bantahan awal ini adalah berasas dan mahkamah membatalka­n petisyen yang telah difailkan oleh pempetisye­n. Datuk Hashim Hamzah Hakim

 ?? — Gambar Bernama ?? MENGAKU TIDAK BERSALAH: Jamal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang semalam atas pertuduhan meninggalk­an negara ini secara haram, Mei lalu.
— Gambar Bernama MENGAKU TIDAK BERSALAH: Jamal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Ampang semalam atas pertuduhan meninggalk­an negara ini secara haram, Mei lalu.
 ?? — Gambar Bernama ?? KEMENANGAN MORAL; Shabudin (tengah) mengangkat tangan selepas Mahkamah Khas Pilihan Raya George Town semalam mengekalka­n kemenangan terhadap Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Tasek Gelugor selepas menolak petisyen pilihan raya yang difailkan Marzuki terhadap keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 bagi kawasan parlimen itu.
— Gambar Bernama KEMENANGAN MORAL; Shabudin (tengah) mengangkat tangan selepas Mahkamah Khas Pilihan Raya George Town semalam mengekalka­n kemenangan terhadap Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Parlimen Tasek Gelugor selepas menolak petisyen pilihan raya yang difailkan Marzuki terhadap keputusan Pilihan Raya Umum ke-14 bagi kawasan parlimen itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia