Utusan Borneo (Sarawak)

NSB Thailand patahkan percubaan seludup dadah ke Malaysia

-

BANGKOK: Polis antinarkot­ik Thailand telah mencapai kejayaan besar baru-baru ini apabila merampas sejumlah besar dadah dan mematahkan percubaan oleh sindiket dadah untuk menggunaka­n Malaysia sebagai negara transit untuk mengekspor­t dadah.

Dalam operasi antidadah baru- baru ini, Biro Anti Narkotik (NSB) dan polis Thailand m erampas berjutajut­a pil ‘Yaba’ (syabu) dan ‘Ice’ (Crystal Methapheta­mine), heroin dan hampir satu tan marijuana (ganja) yang hendak diseludup ke Malaysia.

Menurut ketua NSB, Lt Jn Sommai Kongvisais­uk, tiga hari lepas, anggotanya merampas 10 juta pili Metaphetam­ine dan 100 ketul heroin seberat 37kg dari sebuah trak pikap yang mengangkut baja ayam di Sukhotai, bahagian tengah Thailand.

“Semua dadah itu akan diseludup ke Malaysia,” kata beliau pada sidang media di ibu pejabat NSB di sini semalam sambil menambah dadah itu disembunyi­kan dalam guni baja ayam yang mengeluark­an bau yang busuk.

Dari Malaysia yang dijadikan negara transit oleh sindiket itu, dadah tersebut yang menurut NSB bernilai 2.037 bilion Baht (kira-kira RM254 juta) akan diseludup ke negara-negara lain yang harganya boleh meningkat empat kali ganda, kata Sommai.

Ketua Bahagian Interdiksi NSB, Maj Jen Dussadee Choosankij yang mengetuai operasi tersebut, berkata pihak berkuasa menerima maklumat risikan mengenai sebuah trak sarat dengan muatan dadah yang dalam perjalanan ke selatan Thailand.

“Kami perlu meletakkan trak itu melalui imbasan mesin X-ray sebelum kami menemukan semua dadah yang disembunyi­kan,” kata beliau.

Empat lelaki ditahan dalam operasi itu dan kesemua suspek mengaku kepada pihak berkuasa membuat perjalanan yang sama sebelum ini ke selatan Thailand untuk membawa dadah.

Semasa sidang media, NSB mengesahka­n bahawa 917g marijuana (ganja) yang dirampas dari sebuah trak pikap di wilayah Udon Thani, timurlaut Thailand berhampira­n Laos beberapa hari lalu, juga hendak dihantar ke Malaysia dan di sana, dadah tersebut akan dibungkus semula dan diseludup ke negara ketiga.

“Suspek (lima lelaki dan seorang wanita) yang ditahan dalam operasi itu mengaku mereka menghantar dadah itu ke selatan Thailand beberapa kali sebelum ini” kata komander NSB wilayah timurlaut, Mej Jen Yingyos Thepjamnon­g, yang juga hadir pada sidang media itu.

Ganja yang dirampas itu bernilai 4.585 juta Baht (kira-kira RM573,000), kata Dussadee sambil menambah NSB sedang memburu beberapa anggota sindiket, yang dipercayai berpangkal­an di Laos dan Malaysia.

Sementara itu, polis Satun, di selatan Thailand, menerima laporan daripada orang ramai mengenai penemuan sebuah trak pikap yang ditinggalk­an di kawasan ladang getah.

Menurut Ketua Polis Daerah Manan, Kol Pitak Phutawirod, setelah pemeriksaa­n lebih dekat, polis menemukan 300kg Ice, yang mereka percaya hendak diseludup ke Malaysia.

Wilayah satun, di selatan Thailand terletak berhampira­n dengan Perlis. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BERJAYA DIPATAHKAN: Polis anti narkotik Thailand mencapai kejayaan besar baru-baru ini apabila merampas sejumlah besar dadah dan mematahkan percubaan sindiket dadah untuk menggunaka­n Malaysia sebagai negara transit untuk mengekspor­t dadah.
— Gambar Bernama BERJAYA DIPATAHKAN: Polis anti narkotik Thailand mencapai kejayaan besar baru-baru ini apabila merampas sejumlah besar dadah dan mematahkan percubaan sindiket dadah untuk menggunaka­n Malaysia sebagai negara transit untuk mengekspor­t dadah.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia