Utusan Borneo (Sarawak)

Dua buruh binaan didakwa rompak warga Bangladesh

-

KUALA LUMPUR: Dua buruh binaan masing-masing mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, semalam atas pertuduhan melakukan rompak berkumpula­n dan mengurung seorang peniaga warga Bangladesh, dua minggu lepas.

Hossain Shahid, 36, yang merupakan warga Bangladesh, dan B.Shanan Nair, 21, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Hakim Dr Gan Chee Keong.

Kedua- dua tertuduh didakwa bersama-sama dengan empat individu yang masih bebas melakukan rompak berkumpula­n menyamun barang milik Md Anayet Ullah,31, iaitu telefon bimbit, pasport dan wang tunai RM6,800.

Mereka dituduh melakukan kesalahan itu di dalam bilik tidak bernombor, tingkat dua, Jalan Galloway Off Jalan Pudu di sini pada 9 malam, 6 Sept lepas mengikut Seksyen 395 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Bagi pertuduhan kedua, mereka dituduh bersamasam­a dengan empat individu masih bebas bagi mencapai niat bersama telah mengurung secara salah mangsa yang sama.

Hossain dan Shanan didakwa melakukan kesalahan itu di tempat, masa dan tarikh sama, mengikut Seksyen 342 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun serupa yang membawa hukuman penjara boleh sampai setahun atau denda boleh sampai RM2,000 atau dengan sebat atau dengan kedua- duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Firdaus Yaacub tidak menawarkan jaminan kepada kedua-dua tertuduh.

Bagaimanap­un, Shanan yang diwakili peguam A.Suayri memohon supaya anak guamnya dibenarkan ikat jamin dengan alasan anak guamnya penanggung tunggal keluarga manakala Hossain yang tidak diwakili peguam tidak membuat rayuan. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia