Utusan Borneo (Sarawak)

Polis tumpas sindiket edar rokok berisi ganja

-

KUALA LUMPUR: Taktik sindiket dadah yang mengedar rokok berisi ganja ditumpaska­n apabila polis menahan tiga lelaki dalam dua serbuan di ibu negara pada Jumaat dan Sabtu lepas.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Seri Mazlan Lazim berkata dalam serbuan pertama pada 11.45 malam, polis menahan seorang lelaki berusia 28 tahun di Jalan Cheras, di sini.

Katanya, susulan penahan suspek berkenaan, polis menahan dua lagi lelaki berusia 22 dan 27 tahun di sebuah pusat hiburan di Jalan Sungai Besi, di sini.

“Hasil serbuan di pusat hiburan berkenaan polis telah menemui 580 batang rokok berisi ganja dan beberapa jenis dadah lain. Kami percaya taktik baharu menjual rokok berisi ganja ini adalah bagi mengaburi pihak berkuasa dan sebatang rokok berkenaan dijual dengan harga RM70 sebatang.

“Mereka dipercayai aktif mengedar dadah di pusatpusat hiburan sekitar Lembah Klang sejak tiga bulan lalu... kami masih mencari dalang kes ini,” katanya pada sidang media di Ibu pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur di sini, semalam.

Mazlan berkata selain rokok, polis turut merampas 228 peket serbuk dadah ekstasi, 16 peket cecair dadah Methylened­ioxy-methilamph­etamine (MDMA), 50 biji pil dadah ekstasi, 500 biji pil eramin 5 dan 63 botol berisi cecair dadah MDMA.

Polis turut merampas wang tunai RM60,200, AS$11,000 ( RM45,520), kereta jenis Volkswagen Polo dan Perodua Bezza, katanya.

Katanya, hasil rampasan keseluruha­n dianggarka­n lebih RM730,000 dan kesemua suspek direman selama tujuh hari bermula 15 Sept bagi membantu siasatan kes mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Dalam perkembang­an lain, Mazlan berkata sehingga Ogos lepas pihaknya telah melakukan 137 pemeriksaa­n di pusat-pusat hiburan sekitar ibu negara.

Katanya, melalui pemeriksaa­n berkenaan sebanyak 5,840 individu telah diperiksa dan 1,532 individu telah ditahan melibatkan pelbagai jenis kesalahan berkaitan dadah. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? TUMPAS: Mazlan (tengah) menunjukka­n sebahagian 580 batang rokok berisi dadah jenis ganja antara beberapa jenis dadah bernilai RM555,273 yang dirampas dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Sungai Besi, ketika mengadakan pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur di ibu negara semalam.
— Gambar Bernama TUMPAS: Mazlan (tengah) menunjukka­n sebahagian 580 batang rokok berisi dadah jenis ganja antara beberapa jenis dadah bernilai RM555,273 yang dirampas dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Sungai Besi, ketika mengadakan pada sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kuala Lumpur di ibu negara semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia