Utusan Borneo (Sarawak)

Diharap lebih banyak institusi swasta tubuh pusat di premis mereka

-

SEPANG: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail semalam menggesa supaya perhatian segera diberi ke arah mewujudkan pusat jagaan kanak-kanak berdaftar, dengan berkata kemudahan itu kurang terdapat di negara ini.

Beliau berkata, setakat Jun tahun ini hanya 4,302 pusat jagaan sedemikian yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat sedangkan negara memerlukan sekurang-kurangnya 38,333 pusat jagaan kanak- kanak untuk memenuhi keperluan kanak-kanak di bawah umur empat tahun.

“Saya harap lebih banyak institusi swasta akan mula menimbangk­an untuk menubuhkan pusat jagaan kanak-kanak di dalam premis mereka,” kata Dr Wan Azizah, yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

“Kerajaan menyokong penuh inisiatif ini dan memberi pengecuali­an cukai yang boleh ditebus oleh majikan,” katanya pada pelancaran Taska Krista@RedQ, sebuah pusat jagaan kanak-kanak di ibu pejabat AirAsia di sini semalam.

Dr Wan Azizah, yang memuji usaha AirAsia untuk menubuhkan pusat jagaan kanak- kanak, berkata kejayaan seperti itu boleh dicapai apabila tenaga kerja sesebuah syarikat menunjukka­n

Kerajaan menyokong penuh inisiatif ini dan memberi pengecuali­an cukai yang boleh ditebus oleh majikan. Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail Timbalan Perdana Menteri

dedikasi dan bersemanga­t dalam kerja mereka.

Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kumpulan AirAsia dan CEO Kumpulan AirAsia X Tan Sri Tony Fernandes berkata, penubuhan pusat jagaan kanak-kanak itu merupakan cita-cita AirAsia sejak syarikat itu mengendali­kan Terminal Penerbanga­n Tambang Rendah (LCCT) 17 tahun lepas.

Beliau berkata, pusat jagaan seperti itu akan diperluask­an ke pejabat AirAsia di negeri lain sekiranya ada keperluan untuk menubuhkan­nya.

Dikendalik­an oleh Krista Education, Fernandes berkata pusat berkenaan menerima anak-anak petugas AirAsia berumur sekitar 11 bulan hingga enam tahun dengan bayaran yang minimum.

Pusat jagaan kanak-kanak itu berkeluasa­n 413 meter persegi dan mempunyai empat bilik darjah. Pada masa ini, 50 kanak-kanak ditempatka­n di situ dan ia boleh menerima sehingga 80 kanak- kanak pada satu-satu masa.

Ia mempunyai tujuh guru serta seorang pengetua dan beroperasi antara jam 7 pagi hingga 7 malam. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? PENYAYANG: Wan Azizah yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita Keluarga dan Masyarakat mendukung Julia Suraya selepas merasmikan Taska Krista@RedQ AirAsia semalam. Turut kelihatan Guru Besar Taska Krista@RedQ AirAsia Rajeswary Jesslyn (tiga,kiri).
— Gambar Bernama PENYAYANG: Wan Azizah yang juga Menteri Pembanguna­n Wanita Keluarga dan Masyarakat mendukung Julia Suraya selepas merasmikan Taska Krista@RedQ AirAsia semalam. Turut kelihatan Guru Besar Taska Krista@RedQ AirAsia Rajeswary Jesslyn (tiga,kiri).
 ?? — Gambar Bernama ?? TERUJA: Saifuddin meneliti salah satu manuskrip Melayu yang dipamerkan di Pusat Dokumentas­i Melayu ketika melawat Dewan Bahasa dan Pustaka semalam.
— Gambar Bernama TERUJA: Saifuddin meneliti salah satu manuskrip Melayu yang dipamerkan di Pusat Dokumentas­i Melayu ketika melawat Dewan Bahasa dan Pustaka semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia