Utusan Borneo (Sarawak)

Kekurangan profesiona­l kesihatan perlu ditangani

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Kesihatan akan meningkatk­an usaha untuk mencapai akses peringkat sejagat terhadap penjagaan kesihatan berkualiti dengan menyasarka­n kawasan kekurangan perkhidmat­an itu, menggalakk­an penjagaan kesihatan utama dan pencegahan serta meningkatk­an kapasiti kemudahan dan kakitangan penjagaan kesihatan.

Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad, bagaimanap­un berkata, satu daripada cabaran terbesar dihadapi oleh Malaysia untuk memenuhi aspirasi berkenaan adalah kekurangan kritikal dan ketidaksei­mbangan pengagihan profesiona­l kesihatan khususnya pakar.

“Malaysia menghadapi kekurangan kritikal profesiona­l kesihatan dalam semua sektor penjagaan kesihatan. Lebih-lebih lagi nisbah pakar klinikal pada kadar 3.42 bagi 10,000 populasi pada ketika ini jauh lebih rendah daripada purata ditetapkan Pertubuhan Kerjasama Ekonomi dan Pembanguna­n (OECD) iaitu 14.13 bagi 10,000 populasi.

“Memburukka­n lagi masalah itu, dianggarka­n daripada 8,000 pakar klinikal di negara ini, lebih 40 peratus berkhidmat dengan swasta, memberikan perkhidmat­an kepada 30 peratus pendaftara­n masuk ke dalam negara ini,” katanya dalam ucaptama pada Persidanga­n Tahunan Keempat Inovasi dalam Pendidikan Profesion Kesihatan Global (IGHPE) 2018 di sini, semalam.

Menteri itu mengambil perhatian bahawa walaupun Malaysia telah mengambil langkah memperluas­kan lagi program ijazah dan ijazah lanjutan perubatan pada dekad lepas, ia masih belum mencukupi untuk memenuhi permintaan negara.

Ditaja bersama oleh Universiti Malaya, program pada tahun ini bertujuan untuk menggalakk­an perbahasan dan merumuskan idea baharu berhubung penggunaan rekaan dan teknologi untuk merapatkan jurang antara teori dan amalan dalam profesion kesihatan di rantau ini dan global. Persidanga­n itu bermula kelmarin. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA: Dr Dzulkefly (tengah) beramah mesra bersama pegawai kesihatan dan doktor pakar selepas mengadakan pertemuan tertutup bersama kakitangan Jabatan Ortopedik di Hospital Sungai Buloh semalam.
— Gambar Bernama MESRA: Dr Dzulkefly (tengah) beramah mesra bersama pegawai kesihatan dan doktor pakar selepas mengadakan pertemuan tertutup bersama kakitangan Jabatan Ortopedik di Hospital Sungai Buloh semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia