Utusan Borneo (Sarawak)

Empat termasuk tiga bekas hakim mahkamah rayuan dilantik anggota JAC

-

PUTRAJAYA: Tiga bekas hakim Mahkamah Rayuan dan seorang pakar perundanga­n dan perlembaga­an dilantik sebagai anggota Suruhanjay­a Pelantikan Kehakiman (JAC) bagi tempoh dua tahun berkuat kuasa 4 Sept lepas sehingga 3 Sept 2020.

Menurut kenyataan media dikeluarka­n Pejabat Setiausaha JAC, tiga bekas hakim itu ialah Datuk Seri Mohd Hishamudin Md Yunus, Datuk Linton Albert dan Datuk Mah Weng Kwai serta Profesor Emeritus Datuk Dr Shad Saleem Faruqi, pakar perundanga­n dan perlembaga­an Universiti Malaya.

Menurut kenyataan itu, Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad telah bersetuju melantik mereka sebagai anggota JAC dan pelantikan itu dibuat mengikut Subseksyen 5(1)(f) Akta Suruhanjay­a Pelantikan Kehakiman 2009.

Keempat- empat mereka menggantik­an bekas Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Anantham Kasinather, bekas Peguam Besar Negeri Sarawak Datu Abdul Razak Tready dan Pensyarah Fakulti Undang-Undang Universiti Malaya Profesor Dr Choong Yeow Choy.

“JAC merakamkan penghargaa­n dan terima kasih atas perkhidmat­an Tun Arifin Zakaria, Datuk Anantham Kasinather, Datu Abdul Razak Tready dan Profesor Dr Choong Yeow Choy semasa tempoh mereka menjadi anggota suruhanjay­a ini,” menurut kenyataan itu.

JAC ditubuhkan di Malaysia pada 2009 untuk memastikan pemilihan calon kehakiman tidak berat sebelah untuk pertimbang­an Perdana Menteri, yang mempunyai kata pemutus berhubung pelantikan hakim ke mahkamah tertinggi di negara ini. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia