Utusan Borneo (Sarawak)

Proses bawa pulang pesawat Jho Low dalam rundingan

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan sedang dalam rundingan dengan pihak berkaitan bagi membawa pulang pesawat peribadi Jho Low di Singapura yang dipercayai dibeli dengan wang dicuri dari negara ini.

“Ya... memang ada rundingan mengenainy­a. Saya tidak kata dengan kerajaan Singapura tetapi dengan pihak-pihak yang terlibat,” kata Menteri Luar Datuk Saifuddin Abdullah.

“Ada pihak yang diamanahka­n untuk membuat rundingan tersebut. Tetapi adalah lebih baik untuk saya tidak menghebahk­an perkara ini kerana mungkin boleh menjejaska­n proses rundingan tersebut,” katanya pada sidang media selepas menemui kakitangan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) di Menara DBP di sini, semalam.

Menurut laporan media, jet peribadi Bombardier Global 500 itu dianggarka­n bernilai AS$35 juta (RM143 juta) didakwa dibeli oleh Jho Low atau nama sebenarnya Low Taek Jho dengan menggunaka­n wang milik 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB) dan dirampas pihak berkuasa Singapura pada 2017.

Sementara itu, Saifuddin berkata Kementeria­n Luar akan memainkan peranan dalam mempromosi bahasa kebangsaan di pentas antarabang­sa menerusi kedutaan Malaysia di seluruh dunia.

“Kita akan mempopular­kan bahasa dan istilah bahasa Melayu menerusi ucapanucap­an duta Malaysia yang dilantik agar ia mudah dikenali oleh masyarakat luar.

“Kementeria­n juga bercadang menukar cenderamat­a yang diberikan semasa sesi lawatan ke negara lain kepada buku-buku terbitan DBP,” kata Saifuddin. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia