Utusan Borneo (Sarawak)

Dana NGO belia tumpu aktiviti berbanding pengurusan

-

PUTRAJAYA: Kementeria­n Belia dan Sukan menetapkan bahawa tumpuan peruntukan kepada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) belia kini adalah untuk program dan aktiviti berbanding pengurusan, kata Menterinya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

“Tidak bermakna peruntukan untuk NGO belia ditamatkan. Cuma dana untuk program dan aktiviti golongan sasar akan lebih tinggi berbanding wang untuk pengurusan sesebuah NGO seperti gaji barisan kepimpinan­nya,” katanya.

Beliau berkata pendekatan sedemikian akan membolehka­n dana KBS dinikmati seberapa banyak NGO dan bukan sekadar NGO tertentu sahaja.

“Banyak NGO yang tidak diiktiraf atau tidak dilihat sebagai NGO arus perdana yang tidak dapat bantuan. Saya tidak mahu segelitir NGO dapat segala jenis bantuan tapi yang lain disisihkan. Itu tidak adil,” katanya kepada pemberita selepas sesi ‘townhall’ KBS di kementeria­n tersebut semalam.

Pada sesi townhall itu, Syed Saddiq berkata KBS sudah menubuhkan satu jawatankua­sa khas untuk berbincang dengan Khazanah Nasional Bhd mengenai program baharu untuk belia bagi menggantik­an Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) dan Biro Tatanegara ( BTN) yang dimansuhka­n.

“Program baharu berkenaan akan dipacu oleh Khazanah dan memberikan fokus untuk menjadikan belia Malaysia lebih ‘future proof’. Akan ada ‘retreat’ mengenai perkara itu selepas ini,” katanya.

Bulan lepas, Kabinet memansuhka­n PLKN dan BTN berkuat kuasa serta-merta bagi menggantik­annya dengan program baharu yang dapat membentuk belia masa depan berwawasan dan tinggi nilai jati diri. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? DIRAIKAN: Syed Saddiq meraikan hari lahir warga kementeria­nnya pada Perhimpuna­n Bulanan Kementeria­n Belia dan Sukan semalam.
— Gambar Bernama DIRAIKAN: Syed Saddiq meraikan hari lahir warga kementeria­nnya pada Perhimpuna­n Bulanan Kementeria­n Belia dan Sukan semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia