Utusan Borneo (Sarawak)

Seorang mangsa sarat mengandung, dijangka lahirkan anak semalam

-

KANGAR: Sepasang suami isteri dan seorang anggota polis maut selepas kenderaan yang dinaiki mereka bertembung ketika ribut kuat melanda, dalam kejadian di Bukit Cabang, Padang Besar malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.30 malam itu, Hafiz Johari, 28, dan isterinya Siti Asmah Abdul Khalid, 27, yang sarat mengandung dan dijangka melahirkan anak semalam, serta Konstabel Muhamad Amirul Naim Aziz, 24, meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Jabatan Pengurusan Ibu Pejabat Polis Kontinjen ( IPK) Perlis, Supt Mohd Nor Marzukee Besar berkata kejadian itu berlaku apabila Perodua Kancil dipandu Muhammad Amirul Naim bertembung di simpang Bukit Cabang dengan Nissan Murano dipandu Hafiz yang datang dari arah Kangar.

“Konstabel polis terbabit dalam perjalanan pulang dari rumah mentuanya di Padang Besar ke Seriab di Kangar bersama isteri Ku Noor Shakila

Konstabel polis terbabit dalam perjalanan pulang dari rumah mentuanya di Padang Besar ke Seriab di Kangar bersama isteri Ku Noor Shakila Ku Sharudin, 25, dan dua anak perempuan mereka, Mia Iris Safiya, 2 tahun dan Maya Iris Safiya, 4 bulan. Supt Mohd Nor Marzukee Besar Ketua Jabatan Pengurusan IPK Perlis

Ku Sharudin, 25, dan dua anak perempuan mereka, Mia Iris Safiya, 2 tahun dan Maya Iris Safiya, 4 bulan.

“Mia Iris Safiya berada dalam keadaan kritikal manakala Ku Noor Shakila dan Maya Iris Safiya mengalami kecederaan ringan dan dirawat di Hospital Tuanku Fauziah ( HTF) Kangar,” katanya kepada pemberita semasa ditemui di Unit Forensik HTF pagi semalam.

Mohd Nor Marzukee berkata bedah siasat mayat ketiga-tiga mangsa dijalankan semalam dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkut­an Jalan 1987.

Dalam satu lagi kemalangan, seorang remaja berumur 15 tahun maut apabila motosikal ditunggang­nya merempuh sebatang pokok yang tumbang melintang jalan akibat dipukul ribut kuat di Jalan Tandop Kampung Baru Tok Kuning dekat Kangar kira-kira jam 11.45 malam kelmarin.

Menurut Ketua Polis Daerah Kangar Supt Wari Kiew, mangsa Muhammad Kamal Haikal Roslan menaiki motosikal bersama seorang rakan dari rumahnya di Kampung Baru Tok Kuning menuju ke Jalan Datok Ali, Kangar.

“Dalam keadaan ribut dan hujan, remaja itu dipercayai merempuh pokok yang melintang jalan dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala rakannya dihantar ke HTF untuk diberi rawatan,” kata Wari. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia