Utusan Borneo (Sarawak)

Penilaian kerosakan akibat ribut di Perlis dibentang

-

PUTRAJAYA: Penilaian kerosakan akibat hujan lebat dan angin kencang yang melanda Perlis malam kelmarin dibentangk­an di Mesyuarat Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri malam tadi.

Ketua Pengarah Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) Datuk Dr Ahmad Jailani Muhamed Yunus berkata pemantauan dan penilaian tersebut kini dilakukan pegawai NADMA bersama agensi-agensi berkaitan.

Menurutnya, dalam kejadian kira- kira jam 10 malam itu, kebanyakan kawasan di Perlis dilanda hujan lebat dan angin kencang yang mengakibat­kan banyak pokok tumbang dan rumah rosak serta kemudahan awam terjejas.

“Ketika kejadian berlaku, kelajuan angin yang direkodkan Jabatan Meteorolog­i Malaysia ( Met Malaysia) Negeri Perlis ialah 37 Knot (68.7 Km/h).

“Mengikut laporan Sekretaria­t Jawatankua­sa Pengurusan Bencana Negeri Perlis sehingga jam 12 tengah hari hari ini (semalam), sebanyak 102 buah rumah terjejas sekitar Mata Ayer, Bintong, Kayang, Beseri, Sena, Chuping, Kuala Perlis dan Pauh,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata sebanyak 189 kes pokok tumbang diterima yang mengakibat­kan gangguan elektrik di kawasan-kawasan terbabit.

“Ekoran kejadian hujan lebat dan ribut itu juga terdapat enam kemalangan berlaku dan menurut rekod rasmi polis, sehingga kini terdapat empat kematian dilaporkan.

“Operasi pembersiha­n sedang giat dijalankan pelbagai agensi berkaitan dan orang awam di mana keutamaan diberikan kepada kes pokok tumbang yang menghalang laluan dan menimpa rumah,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia