Utusan Borneo (Sarawak)

20 penjara sesak berikutan bilangan banduan melebihi kapasiti sepatutnya

-

KOTA BHARU: Lebih 50 peratus daripada 37 penjara di seluruh negara yang menempatka­n sebanyak 61,000 banduan, mengalami kesesakan, kata Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamata­n) Kementeria­n Dalam Negeri Datuk Seri Nadzri Siron.

Beliau berkata, 20 penjara itu mengalami kesesakan berikutan bilangan banduan melebihi kapasiti sepatutnya.

“Penjara paling sesak dan mempunyai jumlah banduan tertingi adalah Penjara Pengkalan Chepa di sini yang melebihi 2,900 banduan yang sepatutnya hanya dihuni oleh 1,500 penghuni sahaja,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Mesej dari Penjara Peringkat Zon Timur 2018 di Dewan Keusahawan­an Universiti Malaysia Kelantan (UMK), Kampus Kota di sini, semalam.

Turut hadir Ketua Pengarah Penjara Datuk Seri Zulkifli Omar, Ketua Polis Kelantan Datuk Hasanuddin Hassan dan Timbalan Naib Cancelor UMK Prof Dr Zaliman Sauli.

Nadzri berkata, bagi menangani kesesakan banduan di Penjara Pengkalan Chepa, usaha sedang dilakukan untuk mendapatka­n peruntukan bagi penambahba­ikan dan pembinaan bangunan baharu.

“Penjara baharu seperti Penjara Sungai Buloh dan Penjara Kajang di Selangor serta Penjara Sungai Udang, Melaka tidak mengalami kesesakan yang teruk kerana pembinaan penjara baharu ini menggunaka­n konsep sel,” katanya.

Nadzri juga berkata beberapa program turut dilaksanak­an untuk mengurangk­an kesesakan dalam penjara antaranya Program Pemulihan dan Pemasyarak­atan ( CRP) di enam kem tentera termasuk Kem Desa Pahlawan di sini dan Kem Gemas di Negeri Sembilan bagi banduan melaksanak­an tugas luar penjara.

“Kita juga menggalakk­an majikan yang sudi mengambil banduan sebagai pekerja mereka sebagai satu langkah untuk mengurangk­an kesesakan dalam penjara,” katanya.

Beliau juga berkata sebanyak 3,700 banduan muda berusia bawah 21 tahun yang menjadi penghuni penjara terlibat dengan dadah.

“Kerajaan sedang mengkaji undang- undang sedia ada untuk meletakkan mereka yang terlibat dengan masalah penagihan dadah ini di pusat-pusat pemulihan, dan bukan di penjara,” katanya. — Bernama

Penjara paling sesak dan mempunyai jumlah banduan tertingi adalah Penjara Pengkalan Chepa di sini yang melebihi 2,900 banduan yang sepatutnya hanya dihuni oleh 1,500 penghuni sahaja. Datuk Seri Nadzri Siron Timbalan Ketua Setiausaha (Keselamata­n) Kementeria­n Dalam Negeri

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia