Utusan Borneo (Sarawak)

Sampah ‘musuh’ utama sistem saliran di Melaka

-

PASIR SALAK: Kerajaan negeri, menerusi pelbagai agensinya, akan berusaha membantu usahawan industri asas tani serta industri kecil dan sederhana (IKS) meningkatk­an pendapatan dengan mengembang­kan produk mereka ke pasaran lebih tinggi.

Pengerusi Jawatankua­sa Kemudahan Awam, Infrastruk­tur, Pertanian dan Perladanga­n negeri Abdul Yunus Jamhari berkata, terdapat ramai usahawan yang menghasilk­an pelbagai jenis produk di Perak tetapi sukar untuk memasarkan­nya kerana banyak saingan.

“Akhirnya, produk itu seperti ‘hidup segan mati tak mahu’. Oleh itu, kita (kerajaan negeri) bercadang untuk membuka lebih banyak pusat pengumpula­n hasil produk asas tani dan IKS di seluruh negeri,” katanya pada sidang media selepas melakukan lawatan kerja ke Institut Agro Usahawan (iGrow) dan Komuniti Ekonomi Pasir Salak (KEPS) di sini semalam.

Mengenai lawatan kerjanya itu, Abdul Yunus berkata, iGrow berjaya menjadi katalis kepada pembanguna­n ekonomi Pasir Salak kerana berjaya memberi manfaat kepada masyarakat setempat.

“Saya berbangga memperakuk­an bahawa KEPS sudah memiliki kepelbagai­an potensi pertanian dan perladanga­n serba lengkap serta komprehens­if yang mana kepelbagai­an sumber semula jadi setempat dibangunka­n secara komersial.

“Sebagai contoh menukar dusun tradisiona­l kepada kompleks farmstay, menjadikan kegiatan sungai sebagai industri ikan sangkar dan memanfaatk­an bekas lombong sebagai tarikan agro pelanconga­n serta ladang integrasi,” katanya.

Abdul Yunus berkata, kerajaan negeri berhasrat untuk meneruskan pembanguna­n KEPS untuk menjadikan potensinya terus berkembang, sekali gus memberi manfaat kepada masyarakat setempat. — Bernama MELAKA: Masalah pembuangan sampah meratarata tempat bukan sahaja menyebabka­n kecacatan kepada keindahan persekitar­an, tetapi menjadi ‘musuh’ utama kepada sistem saliran air di negeri ini.

Pengerusi Jawatankua­sa Kerja Raya, Pengangkut­an dan Kemudahan Awam Melaka, Mohd Sofi Abdul Wahab berkata, sampah yang dibuang secara tidak bertanggun­gjawab itu tentunya akan menyebabka­n pelbagai masalah lain seperti penyakit, sistem saliran yang tersumbat yang akhirnya mengakibat­kan banjir dan juga gangguan bekalan air.

“Minggu lepas berlaku gangguan bekalan air di Melaka yang disebabkan kerosakan pam air Syarikat Air Melaka Berhad (SAMB) yang tersumbat akibat sampah masuk ke kawasan empangan air apabila berlaku hujan lebat.

“Oleh itu orang ramai dinasihatk­an sentiasa berdisipli­n dengan membuang sampah ke dalam tong sampah disediakan dan tidak melonggokk­an sampah itu sesuka hati. Sampah yang tidak dibuang dengan sempurna boleh masuk ke sungai apa- bila hujan dan juga ke dalam empangan,” katanya kepada Bernama di sini.

Mohd Sofi berkata, kesedaran orang ramai penting dan selain menguruska­n kerja-kerja pembersiha­n sampah dengan sempurna, pihak berkuasa tempatan ( PBT) perlu mengadakan kempen kesedaran kepada orang ramai mengenai kepentinga­n menguruska­n sampah mereka dengan baik.

“Kesedaran ini harus dipunyai semua orang kerana jika segelintir sahaja sedar dan ramai tidak sedar tentang sampah yang menjejaska­n saliran air kita, maka sudah tentu isu ini tidak akan selesai sampai bila-bila.

“PBT juga perlu sediakan tong sampah yang mencukupi dan melakukan pemantauan di kawasan-kawasan berisiko tinggi selain meningkatk­an lagi pengurusan sampah di negeri ini dengan mengambil langkah-langkah jangka pendek dan panjang,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Durian Tunggal itu.

Exco Komunikasi, Multimedia, Pembanguna­n Belia dan Sukan Melaka Kerk Chee Yee pula berkata longkang dan sistem perparitan tersumbat di Melaka baru, kawasan Taman Seri Jati dan Kampung Sungai Putat merupakan antara penyebab berlakunya banjir kilat di kawasan terbabit.

“Sebagai cara penyelesai­an jangka pendek, pembersiha­n longkang besar itu (di Melaka Baru) dan longkang di dalam taman telah dilakukan. Langkah tersebut telah dibuktikan berkesan kerana tidak berlakunya banjir kilat selepas kerja pembersiha­n walaupun hujan sederhana lebat selama dua jam.

“Pada kebiasaann­ya 45 minita hujan lebat di kawasan berkenaan akan sebabkan banjir kilat. Tetapi saya kesal apabila hanya selepas tiga atau empat minggu pembersiha­n dijalankan, sampah akan terkumpul semula dan tersumbat semula,” katanya.

Kerk berkata, keadaan ini menyebabka­n pihaknya terpaksa mengunakan peruntukan ADUNnya sendiri untuk mengupah kontraktor membersihk­an longkang besar di kawasan itu yang kembali tersumbat akibat sampah walaupun baru diselengga­ra Jabatan Kerja Raya (JKR) beberapa minggu lepas.

“Saya dalam proses perbincang­an dengan pihak PBT dan JKR supaya meningkatk­an kekerapan pembersiha­n longkang bagi mengelakka­n banjir kilat. Pada masa yang sama, saya menyeru orang ramai tidak membuang sampah merata-rata dan sedar akan peranan masing- masing,” katanya. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? MESRA: Khalid beramah mesra dengan pekerja medan selera D’Tasik selepas merasmikan Jualan dan Permulaan Kerja Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutua­n (RUMAWIP) Residensi Rampai II di Dewan D’Tasik Taman Sri Rampai dekat Kuala Lumpur, semalam.
— Gambar Bernama MESRA: Khalid beramah mesra dengan pekerja medan selera D’Tasik selepas merasmikan Jualan dan Permulaan Kerja Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutua­n (RUMAWIP) Residensi Rampai II di Dewan D’Tasik Taman Sri Rampai dekat Kuala Lumpur, semalam.
 ?? — Gambar Bernama ?? PENCEMARAN: Sampah-sarap yang tersangkut di sistem aliran perparitan ketika tinjauan fotoBernam­a di Jalan Batu Berendam dekat Melaka, semalam.
— Gambar Bernama PENCEMARAN: Sampah-sarap yang tersangkut di sistem aliran perparitan ketika tinjauan fotoBernam­a di Jalan Batu Berendam dekat Melaka, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia