Utusan Borneo (Sarawak)

Melaka terima Anugerah OPCC WWF

-

SEPANG: Usaha Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) memperkena­lkan pelbagai inisiatif dalam menangani isu perubahan iklim mendapat pengiktira­n dunia apabila Melaka memenangi Anugerah ‘One Planet City Challenge’ (OPCC) di San Francisco, Amerika Syarikat.

MBMB yang mewakili Malaysia menewaskan 132 bandar raya lain dari 23 negara yang mengambil bahagian pada majlis yang berlangsun­g di bangunan ‘The Native Son Of The Golden West’, antara bangunan bersejarah di San Francisco, serta muncul sebagai pihak berkuasa tempatan Malaysia pertama meraih anugerah itu.

Dianjurkan ‘World Wide Fund for Nature’ (WWF) Sweden, OPCC merupakan medium di mana bandar raya yang mengambil bahagian akan melaporkan program serta projek adaptasi dan mitigasi yang dijalankan bagi mengatasi isu perubahan iklim yang membimbang­kan kepada penganjur untuk penilaian.

Datuk Bandar MBMB Datuk Azmi Hussain berkata, antara usaha menjadikan Melaka sebagai bandar raya hijau ialah program pengindaha­n Sungai Melaka, pemasangan 1,000 lampu diod pemancar cahaya (LED) dan kempen penanaman 15,000 pokok di seluruh kawasan di bawah pentadbira­n majlis itu.

“Anugerah ini cukup signifikas­i kepada kami dan kerajaan negeri amnya, satu bukti menunjukka­n inisiatif dan usaha yang dilakukan berada di landasan yang betul dan diiktiraf dunia,” katanya kepada pemberita sejurus tiba dari San Francisco di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) di sini semalam.

Berikutan kejayaan itu, Azmi berkata, MBMB akan menambah pemasangan 6,000 lagi lampu LED dan menanam 15,000 pokok secara berperingk­at dalam tempoh lima tahun akan datang.

“MBMB juga merancang memperbany­akkan laluan basikal di pusat bandar dan mewujudkan kawasan ‘park and ride’ bagi mengurangk­an kesesakan yang sering berlaku pada hujung minggu sekali gus berupaya mengurangk­an kadar pelepasan asap kenderaan,” katanya.

Azmi berkata, rancangan itu adalah seiring dengan komitmen kerajaan negeri dalam mengurangk­an kadar intensiti pelepasan karbon sebanyak 45 peratus menjelang 2030. — Bernama

 ?? — Gambar Bernama ?? BANGGA: Azmi (tengah) bergambar bersama kakitangan MBMB sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) dari San Francisco, Amerika Syarikat dekat Sepang, semalam.
— Gambar Bernama BANGGA: Azmi (tengah) bergambar bersama kakitangan MBMB sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabang­sa Kuala Lumpur (KLIA) dari San Francisco, Amerika Syarikat dekat Sepang, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia