Utusan Borneo (Sarawak)

Kerajaan lulus 55,974 unit RUMAWIP setakat 31 Ogos

-

MELAKA: Kerajaan negeri Melaka akan meningkatk­an pemantauan secara berterusan untuk menangani isu sampah yang sering menyebabka­n sistem saliran di negeri ini tersumbat sehingga menimbulka­n pelbagai impak negatif termasuk menjejaska­n imejnya sebagai negeri pelanconga­n.

Ketua Menteri Adly Zahari berkata, pihaknya telah mendapat aduan tentang isu saliran serta parit tersumbat, kerosakan sistem bekalan air dan banjir kilat di beberapa kawasan negeri itu akibat daripada sampah yang dibuang secara tidak bertanggun­gjawab.

“Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) telah ambil tindakan pembersiha­n kawasan terlibat yang mana jika kita lihat memanglah sebahagian pusat- pusat dan kawasan empangan banyak sampah memandangk­an prosesnya adalah kita kumpul di situ untuk tujuan pembersiha­n.

“Kita tak mahu sampah sampai ke kawasan Sungai Melaka (pusat pelanconga­n) yang boleh jejaskan pelan- congan Melaka, kita akan melakukan pemantauan berterusan agar jumlah sampah dapat dikurangka­n,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpuna­n Bulanan Kerajaan Melaka di sini semalam.

Beliau mengulas laporan eksklusif Bernama semalam yang melaporkan masalah pembuangan sampah di merata-rata tempat di Melaka bukan sahaja menyebabka­n kecacatan kepada keindahan persekitar­an, bahkan menjadi ‘musuh’ utama kepada sistem saliran air di negeri ini.

Adly berkata, kerajaan negeri terus komited menjadi perintis dalam melaksanak­an pelan pembanguna­n hijau dan selain pemantauan isu sampah itu kerajaan negeri turut komited dengan usaha menanam pokok spesies hutan di lebih 40 hektar tanah terbiar di negeri ini.

Beliau berkata, pelaksanaa­n projek itu melibatkan kawasan di sekitar tebing Sungai Putat hingga ke Pusat Dagangan Antarabang­sa Melaka (MITC) dalam usaha menjamin kelestaria­n alam sekitar untuk generasi akan datang. — Bernama KUALA LUMPUR: Sejumlah 55,974 unit Rumah Mampu Milik Wilayah Persekutua­n (RUMAWIP) melibatkan 89 projek telah diluluskan setakat 31 Ogos, kata Menteri Wilayah Khalid Abdul Samad.

Katanya daripada jumlah itu, sebanyak 9,254 unit iaitu 17 projek adalah dalam kategori ‘siap’, 23,256 unit iaitu 36 projek dalam proses pembinaan dan 23,464 iaitu 36 projek dalam kategori ‘lulus perintah pembanguna­n’.

“Daripada jumlah projek yang telah diluluskan itu, sebanyak 53 projek telah dibuka penawaran melibatkan 35,266 unit dengan nilai keseluruha­n dianggarka­n sekitar RM9 bilion.

“Sebanyak 19,333 unit melibatkan 40 projek telah berjaya dijual manakala baki sebanyak 15,933 unit melibatkan 13 projek masih di peringkat awal permohonan,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian jualan dan permulaan kerja bangunan RUMAWIP Residensi Rampai II di sini, semalam.

Katanya, walaupun projek RUMAWIP merupakan inisiatif kerajaan terdahulu, ia tetap diteruskan oleh kerajaan Pakatan Harapan yang berpandang­an ia sebenarnya berjaya dilaksanak­an dan disampaika­n kepada rakyat tanpa sebarang peruntukan langsung daripada pihak kerajaan.

“Walau bagaimanap­un, kami juga akan melakukan beberapa pengubahsu­aian dan penambahba­ikan antaranya, bercadang untuk meningkatk­an kadar keluasan RUMAWIP kepada minimum 900 kaki persegi berbanding dengan hanya 700 hingga 900 kaki persegi seunit yang diluluskan kerajaan terdahulu,” katanya.

Sementara itu, Khalid berkata Residensi Rampai II yang dibangunka­n di atas tanah berkeluasa­n 3.08 ekar (1.232 hektar) bakal menawarkan dua blok kediaman berketingg­ian 35 tingkat bagi unit harga bebas dan 31 tingkat untuk unit RUMAWIP.

“Sejumlah 308 unit kediaman RUMAWIP tersebut akan didirikan dengan berkeluasa­n 800 kaki persegi dilengkapi tiga bilik tidur, dua bilik air dan satu parkir berbumbung pada harga RM299,900.

“Sementara itu, 308 unit lagi dibuka untuk jualan dengan harga sederhana. Kesemua unit dijangka siap dalam masa 36 bulan iaitu menjelang tahun 2021,” katanya.

Katanya, selain usahasama dengan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Pancaran Nilai (M) Sdn Bhd, CRSC Group turut memberi subsidi sebanyak RM20 juta harga rumah pangsapuri kos rendah dan RM5 juta untuk membina dewan dan pusat penjaja untuk kemudahan penghuni, sebagai satu daripada program tanggungja­wab sosial korporat (CSR) mereka. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia