Utusan Borneo (Sarawak)

The Saints terpaksa akur berkongsi mata

-

SOUTHAMPTO­N: Glenn Murray ternyata menjadi duri dalam daging bagi Southampto­n sekali lagi apabila Brighton bangkit selepas ketinggala­n dua gol untuk mencatatka­n keputusan seri 2-2 di stadium lawan dengan seteru mereka di pantai selatan dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) kelmarin.

Pierre-Emile Hojbjerg meletakkan pasukan ‘The Saints’ di hadapan di St Mary’s dengan satu cubaa jarak jauh yang cantik 10 minit sebelum waktu rehat.

Mereka menjadikan kedudukan 2-0 pada pertengaha­n babak kedua menerusi tendangan penalti daripada Danny Ings.

Tetapi dua minit kemudian, Brighton merapatkan jurang dengan satu gol menerusi tandukan Shane Duffy dan pasukan ‘The Seagulls’ menyamakan kedudukan pada minit ke-91 apabila Murray menyempurn­akan tendangan penalti - gol ketiganya dalam tiga perlawanan menentang pasukan ‘The Saints’.

Ia merupakan perlawanan kedua berturut-turut di mana Brighton telah bangkit selepas ketinggala­n 2-0 untuk berkongsi mata ekoran keputusan seri 2-2 dengan Fulham.

Ini juga adalah keputusan seri ketiga berturut-turut dalam liga di antara Southampto­n dengan Brighton.

Keputusan itu meletakkan Southampto­n dan Brighton masing- masing di tempat ke-13 dan ke-14 dalam carta liga, pasukan ‘The Saints’ di hadapan hanya berdasarka­n kelebihan jaringan.

“Ia adalah perlawanan kedua di mana kami telah bangkit selepas ketinggala­n 2-0,” kata pengurus Brighton, Chris Hughton, kepada Sky Sports. “Kita perlu melihat jati diri tetapi juga beberapa kelemahan yang meletakkan kami di kedudukan itu pada mulanya, pujian kepada pemain, mereka bertindak balas dengan baik.”

Hughton, yang merenungka­n gol penyamaan, menambah: “Selepas ketinggala­n 2-1 di tempat lawan dan tendangan penalti, kita tidak akan mempunyai orang yang lebih tenang lagi daripada Glen Murray.”

Sementara itu sebarang keseronoka­n yang dirasai Hojbjerg ketika dia menjaringk­an gol yang cantik diatasi kehampaann­ya selepas melihat ‘The Saints’ mensia-siaka kelebihan 2-0.

“Ia tidak cukup bagus,” tegasnya. “Jika anda mahu serius dan pencabar, anda tidak boleh melepaskan perlawanan seperti ini.”

Hojbjerg menambah: “Ia adalah bagus untuk menjaringk­an gol yang bagus seperti ini tetapi saya mahu menang, itu sahaja yang penting.”

Southampto­n menjaringk­an gol pendahulua­n yang menakjubka­n pada minit ke-35.

Brighton menanduk keluar bola hantaran lintang dari kawasan penalti dan bola jatuh kepada Hojbjerg.

Dari jarak 36 ela, pemain Denmark itu meledakkan rembatan kecang ke dalam sudut bawah, dengan bola yang melencong masuk lewat dari luar tiang gol. Ia adalah jaringan yang tidak memberi peluang kepada Mat Ryan, penjaga gol Brighton dari Australia.

Anak buah Mark Hughes menggandak­an kelebihan mereka pada minit ke-65 apabila Ings sendiri menjaringk­an gol daripada tendangan penalti, yang diberikan selepas asakan yang buruk daripada by Gaetan Bong ke atas Ings dalam kotak penalti, dengan rembatan rendah melepasi tangan kanan Ryan. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? DURI DALAM DAGING: Murray (dua kiri) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan pada perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Southampto­n di Stadium St Mary, Southampto­n Isnin lepas.
— Gambar Reuters DURI DALAM DAGING: Murray (dua kiri) meraikan jaringanny­a bersama rakan sepasukan pada perlawanan Liga Perdana Inggeris menentang Southampto­n di Stadium St Mary, Southampto­n Isnin lepas.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia