Utusan Borneo (Sarawak)

Ronaldo sandaran Juventus ‘dakap’ trofi Liga Juara-Juara

-

VALENCIA: Tiada pemain lain yang memiliki kejuaraan Liga Juara-Juara sebanyak Cristiano Ronaldo tetapi kejuaraan keenam bersama Juventus pasti kejuaraan terbaik sekali.

Ronaldo memainkan peranan utama dalam kesemua lima kemenangan tersebut sebelum ini, daripada tandukanny­a yang tinggi untuk Manchester United ketika menentang Chelsea pada 2008 hingga kepada tendangan penalti yang menjamin kemenangan peringkat suku akhir pada minit ke-97 ketika menentang Juventus pada musim lepas.

Di antaranya, dia menjaringk­an 17 gol dalam setiap perlawanan kecuali satu untuk akhirnya memenangi trofi pada 2014, tendangan penalti yang memenangi kejuaraan ketika menentang Atletico Madrid pada 2016 dan hatrik ketika menentang pasukan lawan yang sama, kali ini pada peringkat separuh akhir, setahun kemudian. Dia seterusnya turut menjaringk­an dua gol ketika menentang Juventus pada peringkat akhir.

Hasrat untuk menikmati saat- saat memenangi perlawanan itu, dan bukan menjadi mangsa, dipercayai telah mendorong Juve untuk membuat keputusan pada musim panas lepas bahawa satu- satunya cara untuk memenangi Liga Juara-Juara sebelum Ronaldo bersara adalah untuk memiliki Ronaldo dalam pasukan anda.

Mereka memulakan serangan itu pada malam ini (Rabu), apabila bintang berusia 33 tahun itu menendang bola secara kompetitif di Sepanyol buat pertama kali sejak perpindaha­nnya yang bernilai 100 juta euro (RM470 juta) dari Madrid.

Valencia menjadi penghalang di stadium Mestalla, di mana dia menjaringk­an dua gol, kedua-duanya menerusi tendangan penalti, untuk pasukan lamanya pada musim lepas.

Ramai terkejut apabila Ronaldo menamatkan pembabitan­nya di ibu negara Sepanyol, dan kebanyakan mereka percaya rungutanny­a adalah kenyataan terbaharu yang tidak ikhlas kepada mereka yang menduduki tempat tertinggi di kelab. Ia sememangny­a dituju kepada mereka, tetapi kali ini dia benar-benar serius.

Lionel Messi memberitah­u Catalunya Radio pada awal bulan ini: “Saya terkejut, saya tidak membayangk­annya meninggalk­an Madrid atau dia akan menyertai Juve.”

Kesetiaan Messi kepada kelab zaman kanak-kanaknya Barcelona wajar dipuji dan sesuatu yang romantis tetapi dia juga mesti mendapati ia sukar untuk tidak mengagumi kecerdikan Ronaldo.

Lebih banyak trofi dan rekod pasti menyusul di Madrid tetapi sebalikya dia membuka lembaran baharu, dengan menggadai reputasiny­a di tempat baharu.

Risiko juga ada bagi Juventus, yang telah mengeluark­an jumlah tiga angka pertama dalam sejarah yang dibayar untuk seorang pemain dalam lingkungan 30an, dan pemain yang menyajikan model yang sangat berlainan berbanding penyerang yang bermain dengan bebas dan pernah memporak-perandakan bahagian kiri, kanan dan tengah barisan pertahanan.

Ronaldo yang Real Madrid putuskan dapat dijual adalah seorang pemangsa, pemain nombor sembilan jenis lama, yang membataska­n gerakannya kepada kotak penalti, dengan syarat dia masih dapat berlari pantas, melompat tinggi dan merembat bola dengan kedua- dua kakinya.

Gol pertamanya untuk Juve ketika menentang Sassuolo pada Ahad lepas adalah satu tolakan dari jarak satu ela, gol keduanya satu rembatan kaki kiri yang kencang ke dalam sudut gawang.

Selepas tiga perlawanan tanpa menemui jaring, Ronaldo sendiri telah merasai tekanan.

“Saya sedikit tegang dengan segala perbincang­an selepas saya berpindah dari Real Madrid dan tidak menjaringk­an gol,” katanya kemudian. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia