Utusan Borneo (Sarawak)

Pemain Limbang melakar sejarah tersendiri Mengharumk­an nama Malaysia, ungguli Kejohanan Badminton Asia Pacific Masters Games Penang 2018

- Oleh Mastura Ismail

LIMBANG: Peserta dari Limbang, Zaini Garip melakar sejarah tersendiri sekali gus mengharumk­an nama Malaysia apabila menjuarai Kejohanan Badminton Asia Pacific Masters Games (APMG) Penang 2018.

Beliau bersaing bagi kategori perseorang­an lelaki terbuka (65-69 tahun) di Pulau Pinang pada 11 hingga 15 September lalu turut disertai 15 pemain dari Indonesia, Australia, Kanada, Jepun, Amerika Syarikat, China dan Malaysia.

Pada perlawanan suku akhir, Zaini menundukka­n lawan dari Australia, Teik Guan Lim (21-7, 21-8) dan seterusnya mengalahka­n pemain dari Indonesia, Luddy Budiman (21-9, 21-12) pada aksi separuh akhir.

Pada pentas final, beliau bersaing dengan pemain dari Kanada, Henry Paynter yang sebelum itu ditewaskan oleh beliau pada perlawanan peringkat liga zon dengan 21-18, 21-7.

Bagaimanap­un, perlawanan akhir dimenangi secara ‘walkover’ apabila pemain itu gagal beraksi atas sebab tertentu.

Hadiah kemenangan disampaika­n oleh Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer dan ADUN Sungai Pinang, Lim Siew Kim.

Sebelum ini, Zaini pernah menempah sejarah sebagai juara perseorang­an MBA Internatio­nal Badminton Championsh­ip, Kuala Lumpur pada

Saya berharap kejuaraan ini mampu dijadikan motivasi kepada generasi muda bergiat aktif mengharumk­an nama negara tidak kira peringkat usia. Zaini Garip Peserta dari Limbang

Mei 2010 untuk kategori (5559 tahun).

Beliau juga merangkul gelaran juara perseorang­an dan beregu kategori (60-64 tahun) Kejohanan ‘The Battle Below The Wind, World Badminton Invitation’ di Kota Kinabalu pada 2015.

Pada Kejohanan ‘47th World Badminton Morning Cup’ di Taipei, Taiwan pada April lalu, Zaini mengulangi kejayaan merangkul juara perseorang­an dan beregu bagi kategori (6569 tahun).

“Saya berharap kejuaraan ini mampu dijadikan motivasi kepada generasi muda bergiat aktif mengharumk­an nama negara tidak kira peringkat usia,” katanya kepada Utusan Borneo semalam.

Zaini merupakan Timbalan Pengerusi Persatuan Badminton Bahagian Limbang.

 ??  ?? JULANG JUARA: Rayer (kiri) menyampaik­an hadiah kejuaraan kepada Zaini disaksikan Lim (kanan) di Pulau Pinang.
JULANG JUARA: Rayer (kiri) menyampaik­an hadiah kejuaraan kepada Zaini disaksikan Lim (kanan) di Pulau Pinang.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia