Utusan Borneo (Sarawak)

Naga Asmara, POK FT jaguh futsal Sibu dan Kuching

-

KUCHING: Kempen Malaysia Merdeka Futsal 5v5 2018 melabuhkan tirai dengan jayanya selepas berakhir enam sirkit diadakan di enam bahagian negeri ini.

Dua sirkit terakhir berlangsun­g di Sibu dan Kuching pada minggu lalu.

Pada Sirkit Kelima Zon Sibu berlangsun­g di Stadium Bukit Lima pada Sabtu lalu menyaksika­n pasukan Naga Asmara dinobatkan juara selepas mengunggul­i carta liga berkumpula­n.

Tempat kedua dimenangi N5 Demak Laut B disusuli Ummi FT di tempat ketiga.

Manakala tiga pasukan berada dalam enam kelompok teratas ialah SJ Team, N5 Demak Laut A dan Simodum.

Pada sirkit di Sibu, Mohamad Ashikin Pekan dari pasukan N5 Demak Laut B dan Julkipli Yusuf mewakili Ummi FT dipilih selaku calon untuk memenangi Anugerah Penjaga Gol Terbaik dan Pemain Terbaik.

Pasukan Naga Asmara pula terpilih sebagai calon Pasukan Terbaik.

Timbalan Presiden Sibu FA, Mejar B Moses Ripai menyampaik­an hadiah kepada pemenang.

Hadir sama Setiausaha Sibu FA, ASP Kushairy Bujang dan barisan Exco Sibu FA.

Dalam pada itu, POK FT merangkul kejuaraan bagi Sirkit Keenam Zon Kuching yang menutup tirai di Stadium Tertutup Samarahan pada Ahad lalu menewaskan SPC dengan 3-0 dalam aksi final.

TZ88 dan K Two masingmasi­ng menduduki tempat ketiga dan keempat.

Manakala empat pasukan dalam kelompok lapan terbaik ialah Kasba Youth Club, Semadi FT, TLT dan IPGKTAR.

Bagi Zon Kuching, TZ88 tersenarai dalam perebutan pemenang Anugerah Pasukan Terbaik.

Ia turut menyaksika­n dua pemain POK FT, Yassir Arafat dan Wan Azhar Wan Ahmad dipilih sebagai calon pemenang Penjaga Gol Terbaik dan Pemain Terbaik.

Juara kedua-dua zon tersebut menggondol hadiah wang tunai RM1,500 berserta piala, tempat kedua RM800 dan piala, tempat ketiga RM500 dan piala dan keempat RM300 serta piala.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia