Utusan Borneo (Sarawak)

Sarawak menutup kempen Piala Cabaran dengan kekalahan kelima

-

KUCHING: Sarawak menutup kempen Piala Cabaran 2018 dengan kekalahan kelima di tangan UKM FC pada perlawanan berlangsun­g di Stadium Negeri, Petra Jaya di sini kelmarin.

Anak didik Ian Andrew Gillan terus dibuai mimpi menyaksika­n mereka tumpas 2-0 di laman sendiri.

Sarawak menamatkan kejohanan julung kali diperkenal­kan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAS) itu di kedudukan tercorot Kumpulan A dengan hanya mengutip satu mata hasil keputusan seri (1-1) dengan Terengganu FC II pada perlawanan berlangsun­g 14 Ogos lalu di Stadium Negeri, Petra Jaya.

Tuan rumah beraksi tanpa khidmat tiga tonggak import iaitu Mateo Roskam, Milos Raickovic dan Kim Chi-gon jelas buntu untuk menerobos gawang lawan dalam usaha mencari gol pembukaan.

Sebaliknya, UKM FC berjaya mencuri kesempatan dengan mendahului permainan menerusi jaringan Michael Ijezie pada minit ke-18.

Perlawanan agak seimbang pada babak kedua namun Sarawak gagal mencari rentak untuk menyamakan kedudukan.

Faiz Hanif Adnan meranapkan impian pasukan Ngap Sayot untuk bangkit dengan meledakkan gol kedua UKM FC pada minit ke-84.

Sehubungan­n itu, Pengurus Pasukan Sarawak - Awang Mahyan Awang Mohamed ternyata amat kecewa dengan kekalahan itu kerana anak-anak buahnya gagal memanfaatk­an peluang beraksi di tempat sendiri untuk mencari kemenangan sulung.

“Permainan memang nampak seimbang dan kita mempunyai beberapa peluang keemasan untuk menjaringk­an gol namun gagal disudahkan dengan berkesan oleh jentera serangan,” katanya ditemui selepas perlawanan di sini petang kelmarin.

Menurutnya, pemain-pemain muda Sarawak telah mencuba yang terbaik namun nasib lebih memihak pasukan pelawat.

 ??  ?? CABARAN BERAKHIR: Penyerang Sarawak, Abdul Rahim Abdul Razak (kiri) cuba melepasi pertahanan UKM FC pada aksi Piala Cabaran 2018 di Stadium Negeri, Petra Jaya Kuching kelmarin.
CABARAN BERAKHIR: Penyerang Sarawak, Abdul Rahim Abdul Razak (kiri) cuba melepasi pertahanan UKM FC pada aksi Piala Cabaran 2018 di Stadium Negeri, Petra Jaya Kuching kelmarin.
 ??  ?? CERIA: Pasukan Sibu Jaya (baris depan) muncul juara futsal NCS 2018 sementara pengerusi penganjur, Kaunselor Jimmy De Rozario (empat kiri) menyampaik­an hadiah kepada pengurusny­a.
CERIA: Pasukan Sibu Jaya (baris depan) muncul juara futsal NCS 2018 sementara pengerusi penganjur, Kaunselor Jimmy De Rozario (empat kiri) menyampaik­an hadiah kepada pengurusny­a.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia