Utusan Borneo (Sarawak)

Angkat berat menambah pungutan pingat buat Sarawak

-

IPOH: Sukan angkat berat menambah pungutan pingat buat kontinjen Sarawak pada hari ketujuh temasya Sukan Malaysia ( SUKMA XIX) Perak 2018 semalam.

Pada pertanding­an sebelah pagi, dua pingat gangsa diperolehi menerusi Tarra Azahari Yeo bagi dua kategori. Pingat gangsa pertama diperolehi menerusi kategori 69kg snatch wanita dengan angkatan 60kg jumlah tertinggin­ya.

Beliau gagal mendahului atlet dari Kedah, Farhana Nabila Shamsudin yang memperoleh­i pingat emas dengan angkatan 82kg dan Kartina Dumin dari Sabah bagi pingat perak dengan angkatan 81kg.

Bukan itu sahaja, pingat gangsa kedua diterima Tarra Azahari bagi kategori 69kg clean/jerk wanita dengan angkatan 77kg.

Beliau gagal mengatasi pemenang pingat emas acara tersebut iaitu atlet dari Kedah, Farhana Nabila Shamsudin dengan angkatan 104kg dan Kartina Dumin dari Sabah yang memenangi pingat perak dengan angkatan 103kg.

Pertanding­an sebelah petang pula menyaksika­n Bapi Muyat turut berjaya memperoleh­i satu pingat perak dan satu pingat gangsa dalam dua kategori.

Pingat perak diperolehi menerusi kategori 85kg snatch lelaki dengan angkatan 130.

Beliau gagal mengatasi atlet dari Kelantan, Muhamad Afifi Haikal Nordin yang memenangi pingat emas dengan angkatan 131kg dan pingat gangsa dimenangi oleh Afiqhaziq Daniel Rohizanudi­n dari Wilayah Persekutua­n dengan angkatan 125kg .

Selain itu, Bapi turut memperoleh­i pingat gangsa menerusi acara 85kg clean/ jerk lelaki dengan angkatan 162kg.

Pingat emas acara tersebut dimenangi atlet Wilayah Persekutua­n, Afiqhaziq Daniel Rohizanudi­n dengan angkatan 164kg dan pingat perak dimenangi Muhamad Afifi Haikal Nordin dari Kelantan dengan angkatan 163kg.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia