Utusan Borneo (Sarawak)

Muhammad Aqil raja pecut SUKMA 2018

- — Gambar Bernama

IPOH: Atlet Selangor, Muhammad Aqil Yasmin meraih gelaran raja pecut Sukan Malaysia (SUKMA 2018) selepas mengunggul­i acara 100 meter lelaki dengan catatan 10.39 saat pada aksi yang berlangsun­g di Stadium Perak, Ipoh, semalam.

Muhammad Aqil membuktika­n kemampuann­ya untuk mengetepik­an dua pelari pecut kebangsaan, Muhammad Haiqal Hanafi dari Negeri Sembilan (10.43s) yang meraih pingat perak dan atlet Terengganu, Muhammad Zulfiqar Ismail (10.46s) yang sekadar berpuas hati dengan gangsa.

Menurut Muhammad Aqil, larian sempurna yang dilakukan beliau itu sekali gus memadamkan catatan peribadi terbaik diciptanya dua tahun lalu pada SUKMA Sarawak dengan masa 10.48s.

“Syukur hari ini (semalam) saya dapat perbaiki catatan masa saya. Program latihan dirangka jurulatih, Simon Lau ternyata berhasil dan semua nasihat serta tunjuk ajar beliau saya lakukan.

“Antara nasihat beliau, kekal fokus semasa larian sehingga ke garisan penamat,” katanya kepada Bernama selepas perlumbaan.

Dalam acara 100m wanita pula, pelari pecut Terengganu Azreen Nabila Alias berjaya memperbaha­rui rekod SU- KMA selama 10 tahun yang dipegang atlet Johor, Siti Fatimah Ahmad dengan catatan 11.82s pada edisi SUKMA Terengganu 2008, dengan catatan masa terbaharu 11.81s, sekali gus merangkul emas acara berkenaan.

Pingat perak dan gangsa diraih atlet Sabah, masing-masing menerusi Chelsea Cassiopea Evali Bopulas (12.17s) dan Ikma Syaffiera Duris (12.28s).

“Saya langsung tidak men- yangka akan memecahkan rekod pada hari ini (semalam)... saya hanya sasar buru pingat emas.

“Kejayaan saya hari ini (semalam) juga dibantu dengan kehadiran keluarga saya yang datang dari Terengganu untuk memberi sokongan moral,” kata Azreen.

Dalam pada itu, seorang lagi atlet Selangor, Muhammad Ilham Suhaimi turut melakar rekod baharu SUKMA dalam acara 400m lelaki selepas melakukan larian bertenaga 47.02s sekali gus meraih emas, mengatasi rekod sebelum ini milik atlet Wilayah Persekutua­n, Muhd Zaiful Zainal Abidin (47.34s) yang dilakukan pada Sukma 2002 di Sabah.

Pingat perak diraih atlet tuan rumah, Cheah Yau Chung yang melakukan 47.35s manakala gangsa milik atlet Sabah, Shahrimien Saimoh yang mencatat 47.44s. — Bernama

 ??  ?? RAJA PECUT: Muhammad Aqil Yasmin meraikan kemenangan­nya selepas berjaya meraih emas dalam acara 100 meter lelaki dengan catatan masa 10.39 saat pada Sukan SUKMA ke-19 di Stadium Ipoh, Perak semalam.
RAJA PECUT: Muhammad Aqil Yasmin meraikan kemenangan­nya selepas berjaya meraih emas dalam acara 100 meter lelaki dengan catatan masa 10.39 saat pada Sukan SUKMA ke-19 di Stadium Ipoh, Perak semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia