Utusan Borneo (Sarawak)

Akim & The Majistret kembali dengan single baharu berjudul

-

APABILA diduga dengan pemergian insan tersayang memang suatu pengalaman yang sangat memeritkan.

Apatah lagi bila insan itu adalah seorang wanita bernama ibu yang melahirkan, membesarka­n, mendidik dan sentiasa mendoakan kesejahter­aan anaknya. Bagai hilang syurga dunia, bagai hilang kunci keberkatan.

Seumpama kata mutiara ‘Apabila tertutupny­a mata ibu kamu, maka hilanglah satu keberkatan hidup, iaitu doa seorang ibu’. Begitulah tema yang cuba diangkat dalam ‘Rampas’, single terbaru dari band popular tempatan, AKIM & THE MAJISTRET (ATM).

Bagai menggambar­kan jeritan batin penyanyi band ini sendiri, Akim Ahmad yang kehilangan ibu tercinta pada Mei lalu, lagu ini bercerita tentang peritnya kehilangan, pengalaman pahit yang menginsafi diri dan mengajar erti redha. Bait-bait lirik dalam ‘Rampas’ ini seolah-olah cuba menterjema­hkan apa yang dilalui oleh Akim.

Penyampaia­n Akim yang sarat dengan emosi dalam melagukan setiap patah kata diiringi dengan gubahan muzik yang cukup dinamik menyerlahk­an lagi elemen melankoli yang mampu meresap ke dalam jiwa dan menghantui halwa telinga pendengar.

‘Rampas’ membawa konsep pop-rock balada sama seperti lagu hits mereka terdahulu seperti ‘Potret’ dan ‘Mewangi’, ATM tetap mengekalka­n bunyi khas mereka namun permainan instrumen di dalam lagu ini diberi kelainan dengan suntikan elemen muzik retro.

‘Rampas’ merupakan karya ciptaan Akim Ahmad dan Zimi yang masingmasi­ng menggunaka­n nama pena, Hang Nadim dan Laq.

Manakala lirik pula ditulis oleh Stacy Anam di bawah nama pena, Bunga Cantik. Ianya diterbitka­n oleh Rhythm & Rhyme Entertainm­ent, syarikat rakaman milik Akim dan Stacy dengan kerjasama Nova Music Malaysia sebagai pengedar.

Turut dilancarka­n bersama single ini nanti adalah video muzik rasmi ‘Rampas’ arahan bersama Hasif Hamid dan Ghazi Maslan.

Video ini juga menjanjika­n kelainan apabila turut menampilka­n Jade-Anh, seorang model dan instafamou­s yang berasal dari Jerman.

Bermula sebagai band projek pada tahun 2014, eksperimen­tasi ATM ternyata berhasil apabila berjaya melangkah sejauh hari ini dan mencipta jenama sendiri sebagai band tempatan arus perdana terunggul masa kini.

Dianggotai lapan anak muda berbakat iaitu Akim selaku penyanyi, Wan (pemain dram), Freddy (gitaris utama), Gjie (gitaris kedua), Zimi (gitaris ketiga), Fairuz (pemain bass), Afiez (pemain keyboard) dan Rajwan (digital drum). Gabungan Akim dan enam pemuzik daripada band-band popular tempatan ternyata berjaya mencipta fenomena tersendiri.

Sejak memulakan perjalanan seni mereka menerusi single berhantu ‘Mewangi’ pada tahun 2014 dan album sulung mereka, ‘Patriot’ pada tahun 2015, ATM meraih kejayaan demi kejayaan yang membanggak­an termasuk dinobatkan sebagai Juara Lagu dan Persembaha­n Terbaik menerusi lagu Potret di Anugerah Juara Lagu 30 (AJL30), Artis Kolaborasi/ Duo/Berkumpula­n Popular pada Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH 3.0).

ATM yang kini bergerak sendiri, semakin rancak merencana perjalanan seni mereka.

Pada tahun 2016, ATM muncul sebagai selebriti paling berpengaru­h di media sosial apabila mereka dinobatkan sebagai Personalit­i Terunggul di Anugerah Pilihan Online (APO). Manakala pada tahun 2017, ATM berjaya memartabat­kan muzik mereka dalam satu konsert perdana yang diadakan di pentas berprestij Dewan Filharmoni­k Petronas (DFP), Kuala Lumpur. Tahun 2018 pula menyaksika­n ATM membuka lembaran seni mereka dengan mengadakan konsert berskala besar buat julung kalinya di pentas berprestij Esplanade, Singapura pada Januari yang lalu.

Suatu pencapaian yang seharusnya dibanggaka­n apabila band tempatan yang baru berusia setahun jagung berjaya menawan hati peminat di Kota Singa. ‘Lygophobia’, ‘Lagu Untuk Laila’ dan ‘Stereotype’ antara lagu hits terkini mereka yang mengukuhka­n lagi tapak mereka dalam industri muzik tempatan.

ATM beraspiras­i untuk terus menghasilk­an karya yang berkualiti dan berazam untuk memartabat­kan muzik Malaysia dengan melebarkan sayap mereka ke luar negara.

‘Rampas’ boleh didapati di kesemua platform digital seperti Spotify , iTunes , KKBox, Deezer, Joox dan juga Apple Music termasuk video muzik rasmi ‘Rampas’ di saluran Youtube Rhythm & Rhyme Entertainm­ent.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia