Utusan Borneo (Sarawak)

Tentera Myanmar perlu tinggalkan politik: PBB

-

YANGON: Pasukan tentera berkuasa di Myanmar harus dikeluarka­n daripada politik, menurut pihak penyiasat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam, ketika mereka mengemukak­an bahagian terakhir laporan yang menjelaska­n permintaan agar beberapa jeneral kanan didakwa atas genosid terhadap penduduk minoriti Islam Rohingya.

Satu kempen kejam ketenteraa­n pada tahun lepas telah memaksa lebih 700,000 orang Rohingya melarikan diri melalui sempadan ke Bangladesh.

Laporan siasatan PBB sebanyak 444 muka surat itu menyeru kepimpinan kanan tentera digantikan dan institusi yang dikenali pihak tempatan sebagai Tatmadaw untuk tidak mempunyai pengaruh selanjutny­a terhadap pentadbira­n negara.

Pihak tentera Myanmar telah mendominas­i negara majoriti penganut Buddha itu, memegang suku daripada jumlah kerusi dalam parlimen dan mengawal tiga kementeria­n.

Namun laporan menyatakan kepimpinan awam di negara ini seharusnya mendesak pemecatan Tatmadaw daripada dunia politik Myanmar, merujuk kepada pasukan tentera negara.

Analisis PBB yang secara berperingk­at dan menyeluruh, berdasarka­n kepada usaha 18 bulan dan lebih 850 temu bual, menyeru kepada masyarakat antarabang­sa agar menyiasat bahagian utama tentera untuk genosid, termasuk ketua komander Min Aung Hlaing.

Pasukan tentera Myanmar menafikan hampir semua salah laku dan menegaskan kempen ketenteraa­n itu bertujuan membasmi pengganas Rohingya.

Namun pasukan PBB menyatakan taktik tentera adalah konsisten dan tidak sesuai sama sekali dengan ancaman keselamata­n yang sebenarnya.

Penyiasat menyatakan Tatmadaw harus dibentuk semula dan proses akan bermula dengan menggantik­an kepimpinan sekarang.

Myanmar hanya bangkit daripada pemerintah­an junta tentera selepas 2011 dan kerajaan yang dilantik secara demokratik di bawah pemimpin awam Aung San Suu Kyi kekal dalam keseimbang­an kuasa dengan para jeneral.

Kehadiran mereka dalam parlimen bermakna mereka mempunyai veto yang efektif terhadap perubahan dari segi perlembaga­an, menjadikan sebarang peralihan kawalan awam sepenuhnya sebagai sangat sukar.

Tiga kementeria­n utama iaitu hal ehwal dalam negeri, sempadan dan pertahanan turut berada dalam genggaman mereka, memberikan mereka kebebasan untuk melancarka­n operasi keselamata­n tanpa sebarang pemantauan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia