Utusan Borneo (Sarawak)

Pegawai polis Chicago didakwa bunuh remaja empat tahun lalu

-

CHICAGO: Peguam bela membuat hujah pembukaan kelmarin dalam perbicaraa­n melibatkan seorang anggota polis kulit putih Chicago yang didakwa atas tuduhan pembunuhan kerana menembak seorang remaja kulit hitam empat tahun lepas, dalam kes berbaur politik yang menghantui bandar ini.

Pihak pendakwaan menyatakan Jason Van Dyke menembak Laquan McDonald, 17, di jalan raya pada Oktober 2014 selepas remaja yang bersenjata­kan pisau itu tidak mendengar arahan anggota polis agar meletakkan senjata.

“Van Dyke hanya melihat seorang budak lelaki kulit hitam yang berjalan di jalan raya dan mempunyai keberanian untuk tidak mengendahk­an polis,” ketua pendakwa raya Joe McMahon memberitah­u mahkamah.

Peguam defendan Daniel Herbert menunjukka­n sekeping gambar McDonald sebagai penjenayah berba- haya, sedang khayal akibat dadah halusinoge­nik PCP, yang mengancam orang awam dalam satu serangan liar.

Tembakan yang dirakamkan dalam video kamera papan pemuka, menimbulka­n kekecohan politik di bandar ini dan menyebabka­n ramai bimbang keganasan akan berlaku sekiranya anggota polis itu dibebaskan.

Video menunjukka­n Van Dyke melepaskan 16 das tembakan ke arah McDonald, yang kelihatan berpaling untuk meninggalk­an anggota polis tersebut.

Van Dyke terus menembak walaupun setelah remaja itu tersungkur.

Selain Van Dyke, lapan anggota polis lain di tempat kejadian tidak melepaskan tembakan dengan senjata mereka.

Hujah pembukaan bermula selepas pemilihan juri selama seminggu, ketika 12 juri dipilih daripada satu kumpulan 200 orang.

Hanya beberapa penunjuk perasaan berada di luar mahkamah kelmarin, namun bandar tersebut memerhati dengan penuh minat perkembang­an kes.

Insiden itu dianggap sebagai satu lagi contoh siri pertembung­an maut di antara pihak polis dan penduduk kulit hitam sejak beberapa tahun lalu yang membawa kepada penubuhan pergerakan ‘Black Lives Matter’.

“Kami cuba mendapatka­n keadilan,” Marvin Hunter, ahli keluarga dan juga jurucakap keluarga McDonald, memberitah­u wartawan.

“Keadilan dalam kes ini menetapkan satu jangkaan di seluruh negara ini terhadap semua orang yang telah mengalami apa yang dialami Laquan.” — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? TETAP BANTAH: Penduduk Palestin mengadakan protes menuntut pengundura­n sekatan rejim Israel ke atas Semenanjun­g Gaza, di tepi pantai di Beit Lahia dekat sempadan maritim dengan Tel Aviv kelmarin.
— Gambar AFP TETAP BANTAH: Penduduk Palestin mengadakan protes menuntut pengundura­n sekatan rejim Israel ke atas Semenanjun­g Gaza, di tepi pantai di Beit Lahia dekat sempadan maritim dengan Tel Aviv kelmarin.
 ?? — Gambar AFP ?? DIDAKWA: Van Dyke (tengah) tiba di bangunan Mahkamah Jenayah Leighton buat hari pertama perbicaraa­n ke atasnya di Chicago, Illinois kelmarin.
— Gambar AFP DIDAKWA: Van Dyke (tengah) tiba di bangunan Mahkamah Jenayah Leighton buat hari pertama perbicaraa­n ke atasnya di Chicago, Illinois kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia