Utusan Borneo (Sarawak)

Treler penuh mayat resahkan Mexico

-

GUADALAJAR­A: Pihak berkuasa Mexico bergegas mencari tempat parkir kereta kelmarin sebuah trak membawa lebih 100 mayat tidak dikenali yang mana kebusukann­ya mencetuska­n kemarahan penduduk di bandar Guadalajar­a, tatkala rumah-rumah mayat di seluruh Mexico melebihi kapasiti dalam gelombang keganasan berkaitan dadah.

Treler yang dilengkapi alat penyejuk beku itu disewa ketika rumah mayat di bandar kedua terbesar di negara ini mencecah kapasitiny­a, diparkir selama dua minggu di sebuah gudang di kawasan kejiranan tertindas Duraznera di luar bandar, sehingga pendudukny­a mengadu tentang bau busuk dan lalat.

Pihak berkuasa kemudian memindahka­n trak itu ke kawasan kosong di Tlajomulco, sebuah lagi kawasan kejiranan miskin jauh dari pusat bandar, sehingga penduduk di sana membuat bantahan pada Sabtu lepas.

Pihak berkuasa kemudian memindahka­nnya ke fasiliti simpanan pihak pendakwaan di tengah bandar, di mana ia masih diparkir hingga kelmarin.

“Kami tidak mahu trak itu di sini, mereka mesti meletakkan­nya di tempat lain.

“Terdapat ramai kanakkanak di kawasan kejiranan ini, trak itu busuk dan mungkin akan membuatkan kami semua sakit,” menurut Jose Luis Tovar, yang menetap berhampira­n kawasan di mana trak itu diparkir di Tlajomulco.

Pihak berkuasa di wilayah barat Jalisco menyatakan mereka sedang mencari jalan penyelesai­an jangka masa panjang.

Menteri Dalam Negeri Roberto Lopez mengecam keputusan untuk memindahka­n mayat itu dari satu tempat ke tempat lain, dan menyatakan sesiapa yang bertanggun­gjawab dalam kerajaan negeri akan dihukum dengan berat.

“Ini menunjukka­n sikap tidak sensitif dalam kalangan sebahagian pegawai terhadap isu yang sangat sensitif sebegini, terutama bagi keluarga mayat yang belum dituntut ini,” kata beliau dalam sidang media.

Di Mexico, akta siasatan jenayah melarang pihak berkuasa daripada membakar mayat yang dikaitkan dengan jenayah kejam. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? CETUS KEGEMPARAN: Sebuah trak beredar membawa treler penuh dengan mayat yang diparkir di Tlajomulco de Zuniga, Jalisco pada Sabtu lalu dalam gambar pegun video yang diperolehi kelmarin.
— Gambar Reuters CETUS KEGEMPARAN: Sebuah trak beredar membawa treler penuh dengan mayat yang diparkir di Tlajomulco de Zuniga, Jalisco pada Sabtu lalu dalam gambar pegun video yang diperolehi kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia