Utusan Borneo (Sarawak)

Mangsa keenam serangan di plaza Mexico maut

-

KOTA MEXICO: Seorang mangsa keenam maut dunia akibat kecederaan­nya selepas ditembak lelaki bersenjata yang berpakaian seperti pemuzik mariachi di Plaza Garibaldi yang terkenal di Kota Mexico, menurut pihak berkuasa kelmarin.

Serangan pada malam Jumaat itu mengejutka­n bandar raya tersebut dan mencetuska­n kekecohan di dataran yang terkenal dengan para pemuzik bertopi ‘sombrero’.

Plaza tersebut ketika ke- jadian dipenuhi penduduk tempatan dan pelancong pada permulaan hujung minggu sambutan Hari Kemerdekaa­n Mexico.

Penyerang bersenjata melepaskan sekurang-kurangnya 60 das tembakan sebelum melarikan diri dengan menunggang motosikal, menurut penyiasat.

Angka menunjukka­n lima kematian selepas serangan, tiga lelaki dan dua wanita, serta lapan tercedera.

Namun seorang lelaki beru- sia 32 tahun mati akibat kecederaan di hospital, menurut pihak pendakwa raya.

Datuk Bandar Kota Mexico Jose Ramon Amieva pula menyatakan pihak penyiasat telah mengenal pasti suspek penembak.

Beliau menyatakan serangan itu berpunca daripada pertelingk­ahan dua kumpulan dadah tempatan, La Union dan Anti-Union de Tepito.

Kedua-dua kumpulan beroperasi di kawasan kejiranan berhampira­n dan berebut kawalan ke atas kawasan pengedaran dadah di Kota Mexico, terutama sejak ketua La Union ditangkap pada bulan lepas. “Apa yang berlaku di sini? “Dua kumpulan kecil ini berbalah mengenai penjualan di kawasan ini, dan dengan penahanan ketua utama dab timbalan mereka, sekarang mereka berbalah sesama sendiri,” beliau memberitah­u wartawan.

Dua daripada mereka yang terkorban mempunyai rekod jenayah rompakan. — AFP

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia