Utusan Borneo (Sarawak)

‘ Terorisme buah’ cengkam Australia

-

SYDNEY: Seorang ibu di Sydney terkejut apabila menjumpai sebatang jarum dicucuk ke dalam sebiji epal yang dibelinya di salah sebuah rangkaian pasar raya utama di Australia.

Menurut agensi berita Xinhua, The Seven Network semalam melaporkan wanita itu mendakwa menjumpai objek itu ketika memotong epal tersebut untuk diberikan kepada anak-anaknya.

“Saya fikir, wah, ini tidak mungkin berlaku,” katanya.

“Bukan dalam epal. Saya ada menonton berita mengenai strawberi dan saya waspada mengenai memotong epal untuk anak-anak perempuan saya tetapi melihat ini dalam epal.”

Dengan kebimbanga­n sama mengenai pencemaran yang menggegark­an industri strawberi di Australia pada minggu ini, insiden pelik terbaharu bagi apa yang dipanggil ‘terorisme buah’ telah menimbulka­n kemarahan pelanggan di Australia dan mencetuska­n persoalan dalam kalangan pihak berkuasa dan pengeluar.

Namun walaupun siasatan persekutua­n diumumkan ke atas perkara itu, polis tidak dapat mengenal pasti pesalah.

Setakat ini, terdapat kes yang dilaporkan di setiap negeri di Australia, yang mencetuska­n kebimbanga­n serius mengenai serangan tiruan.

Polis Negeri Queensland turut mengesahka­n sebuah objek logam telah dijumpai dalam sebiji pisang yang dibeli di pasar raya.

Dengan amaran kesihatan dikeluarka­n bagi strawberi jenama Australia, penanam mencari penyelesai­an kreatif bagi menangani bahaya itu, termasuk alat pengesan logam.

Bagaimanap­un ramai pengeluar terpaksa membuang hasil pertanian mereka selepas negara seperti New Zealand menyekat import strawberi dari Australia.

“Saya marah bagi semua orang yang berkaitan, petani, pembekal, pembungkus, pemandu trak yang menyara keluarga, yang secara tibatiba kehilangan pekerjaan, kesannya meluas,” kata Naib Presiden Persatuan Penanam Strawberi Queensland Adrian Schultz sambil menyifatka­n serangan itu mempunyai persamaan dengan terorisme. — Bernama

 ?? — Gambar Reuters ?? ANCAMAN: Gambar serahan tidak bertarikh yang diperolehi pada 14 September lalu menunjukka­n logam terselit antara buah strawberi di Gladstone, Queensland.
— Gambar Reuters ANCAMAN: Gambar serahan tidak bertarikh yang diperolehi pada 14 September lalu menunjukka­n logam terselit antara buah strawberi di Gladstone, Queensland.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia