Utusan Borneo (Sarawak)

Peneroka gua British saman Musk

-

WASHINGTON: Seorang peneroka gua British yang membantu dalam operasi menyelamat dramatik melibatkan 12 budak lelaki yang terperangk­ap di Thailand awal tahun ini menyaman pengasas Tesla Elon Musk kelmarin kerana menggelarn­ya ‘lelaki pedo’ dan ‘perogol kanak-kanak’.

Saman fitnah itu difailkan di Los Angeles oleh Vernon Unsworth, rakyat Britain yang terlibat dalam beberapa operasi menyelamat gua, selepas perbalahan terbuka di antara mereka berdua apabila Musk pergi ke Thailand menawarkan bantuan dalam usaha menyelamat.

Perbalahan itu menjadi tajuk utama akhbar pada Julai, di mana Unsworth menyatakan usaha Musk untuk membina kapal selam mini bagi membantu operasi menyelamat sebagai ‘gimik’ serta Musk memberikan respons dalam Twitter dengan menggelar Unsworth sebagai ‘lelaki pedo’ atau pedofilia.

Musk, peniaga teknologi yang turut mengasaska­n firma angkasa swasta SpaceX, memohon maaf beberapa hari kemudian namun tidak sebelum komennya dikecam secara meluas.

Namun beliau membangkit­kan semula pertikaian pada Ogos dengan e-mel kepada BuzzFeed News menuduh Unsworth sebagai ‘perogol kanak-kanak’, mengahwini seorang kanak-kanak berusia 12 tahun dan terlibat dalam pengedaran seks kanak-kanak, menurut saman tersebut.

Musk membuat beberapa kenyataan palsu dengan niat jahat, menurut kepada aduan.

Berbanding memohon maaf bagi komennya itu, Musk memberikan respons dengan kenyataan berbaur kata kesat berbunyi ‘Saya berharap beliau menyaman saya’, menurut kepada saman tersebut.

Unsworth mendapatka­n ganti rugi yang tidak dinyatakan bagi kesan seluruh dunia ke atas reputasiny­a, menurut saman tersebut yang menyatakan bahawa satu aduan berasingan telah dibuat di Mahkamah Tinggi London.

Saman yang turut mendapatka­n satu injunksi menyekat Musk daripada membuat komen bersifat fitnah selanjutny­a, menurut peguam Unsworth L. Lin Wood.

Unsworth, yang pernah menetap beberapa tahun di Thailand, terlibat dalam usaha besar selama 18 hari untuk mengeluark­an budak lelaki dan jurulatih mereka dalam misi yang tamat pada 10 Julai, ketika lima anggota terakhir dikeluarka­n.

Musk sejak beberapa minggu menjadi sorotan berikutan kelakuan keterlalua­n termasuk temu bual dalam talian di mana beliau menghisap ganja. — AFP

 ?? — Gambar AFP ?? DISAMAN: Musk (kiri) bersama hartawan Jepun Yusaka Maezawa yang dipilih syarikat itu untuk terbang mengelilin­gi bulan, semasa pengenalan projek seumpama itu untuk orang awam di Hawthorne, California kelmarin.
— Gambar AFP DISAMAN: Musk (kiri) bersama hartawan Jepun Yusaka Maezawa yang dipilih syarikat itu untuk terbang mengelilin­gi bulan, semasa pengenalan projek seumpama itu untuk orang awam di Hawthorne, California kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia