Utusan Borneo (Sarawak)

Jet tentera Rusia lenyap dari radar

Rejim Israel lancar serangan di Syria ketika 14 askar terbabit dalam perjalanan pulang

- Muka

MOSCOW: Sebuah jet tentera Rusia yang membawa 14 anggota tentera hilang dari radar di atas kawasan Laut Mediterran­ean lewat kelmarin ketika Syria diserang rejim Israel, menurut kementeria­n pertahanan.

“Komunikasi terputus dengan kru pesawat Il-20 Rusia di atas Laut Mediterran­ean, 35 kilometer dari pantai Syria, yang dalam perjalanan pulang ke pangkalan udara Hmeimim,” menurut kementeria­n pertahanan Rusia awal semalam.

“Nasib kesemua kakitangan tentera terbabit tidak diketahui”, menurut kementeria­n dalam kenyataan yang dikeluarka­n beberapa agensi berita Rusia.

Usaha mencari pesawat tersebut telah dilancarka­n.

Seorang sumber daripada pasukan mencari dan menyelamat memberitah­u agensi berita Interfax bahawa pesawat perang Rusia itu mungkin telah karam di Laut Mediterran­ean akibat insiden kritikal yang tidak dapat diramalkan ketika di udara.

Pihak kementeria­n menyatakan jet tersebut tiada dalam radar sekitar jam 11 malam waktu tempatan kelmarin semasa empat jet pejuang F16 rejim Israel melancarka­n serangan ke atas wilayah Latakia, kubu kuat rejim Presiden Bashar al-Assad.

Agensi berita RIA Novosti, memetik seorang sumber keselamata­n, menyatakan sistem antipertah­anan Syria berdepan serangan roket namun tiada komen lanjut daripada kerajaan Syria.

Jurucakap tentera Israel ketika ditanya mengenai kedua- dua serangan rejim yang dilaporkan dan pesawat Rusia itu menyatakan: “Kami tidak memberikan komen terhadap laporan asing.”

Jurucakap Pentagon meny- atakan Amerika Syarikat (AS) tidak terlibat dan menolak bercakap bagi memberikan maklumat lanjut.

“Misil tidak ditembak pihak tentera AS dan kami tidak mempunyai apa–apa kenyataan lagi setakat ini,” jelas beliau.

Kementeria­n pertahanan Rusia turut menyatakan roket telah dilancarka­n dari kapal frigat tentera laut Perancis The Auvergne yang berada di kawasan tersebut pada masa itu.

“Pihak tentera Perancis menafikan semua penglibata­n dalam serangan ini,” menurut jurucakap tentera Perancis.

Jet tersebut hilang dari radar hanya beberapa jam selepas Rusia menyatakan tiada serangan ke atas Idlib di Syria ketika presiden Rusia dan Turki bersetuju untuk membentuk zon larangan ketenteraa­n di wilayah yang ditawan pemberonta­k.

Selepas rundingan lebih empat jam dengan Presiden Rusia Vladimir Putin di kediamanny­a di pusat peranginan Sochi di Laut Hitam, pemimpin Turki Recep Tayyip Erdogan menyatakan negara mereka akan menghalang tragedi kemanusiaa­n.

Putin menyatakan keduadua mereka bersedia untuk membentuk zon larangan ketenteraa­n seluas 15 hingga 20 kilometer di sepanjang sempadan antara pemberonta­k dan pasukan tentera rejim pada 15 Oktober.

Ini akan diikuti dengan pengundura­n semua pejuang radikal dari Idlib, termasuk Barisan Al-Nusra dan juga pengundura­n semua senjata berat termasuk kereta kebal, beberapa alat pelancar roket, menurut Putin.

Pasukan tentera rejim Syria yang disokong Rusia telah berkumpul di sekitar wilayah Idlib sejak beberapa minggu, menimbulka­n kebimbanga­n serangan udara dan darat bagi menawan semula kubu utama penentang yang terakhir.

Rusia campur tangan dalam konflik Syria bagi membantu rejim Assad sejak 2015.

Sebelum ini, Rusia pernah kehilangan pesawat semasa kempennya di Syria.

Pada November 2015, Turki menembak jatuh sebuah pesawat perang Rusia berhampira­n sempadan Syria, mencetuska­n krisis teruk dalam hubungan dengan Moscow. — AFP

 ??  ??
 ?? — Gambar Reuters ?? DIPLOMASI: Erdogan dan Putin melihat menteri pertahanan masing-masing Hulusi Akar dan Sergei Shoigu (kanan) bertukar dokumen semasa sidang akhbar susulan rundingan di Sochi, Rusia kelmarin.
— Gambar Reuters DIPLOMASI: Erdogan dan Putin melihat menteri pertahanan masing-masing Hulusi Akar dan Sergei Shoigu (kanan) bertukar dokumen semasa sidang akhbar susulan rundingan di Sochi, Rusia kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia