Utusan Borneo (Sarawak)

Serangan Israel di sempadan Gaza, dua maut

- Muka

KOTA GAZA: Dua rakyat Palestin terbunuh dalam serangan udara yang dilancarka­n rejim Israel ke atas sempadan Gaza, menurut kementeria­n kesihatan Hamas awal semalam.

Jurucakap kementeria­n menyatakan, mayat dua lelaki telah dibawa ke hospital di selatan Gaza selepas serangan pada jam 11 malam waktu tempatan kelmarin.

Beliau tidak mengenal pasti identiti kedua-dua mangsa.

Pihak rejim Israel menyatakan lewat kelmarin bahawa kedua- dua lelaki tersebut disasarkan selepas menanam sejenis objek mencurigak­an berdekatan pagar sempadan.

“‘Pengganas’ menghampir­i dalam keadaan mencurigak­an pagar keselamata­n di selatan Semenanjun­g Gaza dan meletakkan satu objek berhampira­n pagar.

“Sebagai respons, sebuah jet pejuang telah melepaskan tembakan ke arah mereka,” menurut kenyataan daripada rejim.

Dalam kejadian berasingan petang kelmarin, sekurangku­rangnya 26 rakyat Palestin ditembak semasa bantahan baharu di utara Gaza, menurut kementeria­n.

Sejak bantahan bermula pada 30 Mac, sekurangku­rangnya 181 rakyat Palestin telah dibunuh tentera Israel.

Majoriti ditembak semasa mengadakan bantahan, namun yang lain disasari dalam serangan udara dan ditembak oleh kereta kebal.

Hanya seorang anggota tentera Israel telah terbunuh, ditembak oleh seorang penembak tepat. — AFP

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia