Utusan Borneo (Sarawak)

Ekonomi Malaysia pada asasnya kukuh dan berdaya tahan: Lim

-

KUALA LUMPUR: Ekonomi Malaysia secara asasnya kukuh dan mempunyai daya tahan yang tinggi walaupun terdapat ketidakten­tuan dalam perkembang­an global, kata Menteri Kewangan Lim Guan Eng.

Beliau berkata dengan asas ekonomi yang kukuh, tadbir urus yang baik dan kebertangg­ungjawaban fiskal, Malaysia hanya mempunyai satu arah sahaja, iaitu ke hadapan.

Katanya sebagai negara perdaganga­n utama dunia, Malaysia tidak terkecuali daripada dipengaruh­i perkembang­an global kebelakang­an ini yang telah meningkatk­an pesimisme dan risiko menurun terhadap pertumbuha­n ekonomi dunia.

Katanya disebabkan oleh pasaran pertukaran wang asing yang mendalam dan terbuka, nilai ringgit juga tidak dapat mengelak daripada dipengaruh­i oleh faktor luaran.

“Bagaimanap­un, prestasi Indeks Komposit Kuala Lumpur FTSE Bursa Malaysia adalah antara yang terbaik di rantau Asia Pasifik. Sejak akhir 2017, indeks tersebut telah naik 0.13 peratus sehingga 7 September.

“Sebagai perbanding­an, Indeks Straits Times Singapura dan Indeks Nikkei 225 Jepun, masing-masing merosot sebanyak 8.29 peratus dan 1.72 peratus pada masa yang sama,” katanya dalam kenyataan kelmarin.

Sejak akhir 2017, ringgit adalah antara mata wang di rantau Asia Pasifik yang paling berdaya tahan berbanding dolar US, susut hanya sebanyak 2.6 peratus dalam tempoh sama.

Lim berkata pengukuhan ekonomi Malaysia itu berdasarka­n kepada lapan faktor iaitu pertumbuha­n yang mantap; kepelbagai­an ekonomi yang tinggi; keadaan pasaran buruh yang menggalakk­an; Malaysia terus menikmati lebihan akaun semasa; kadar pertukaran mata wang yang fleksibel; penampan luaran yang mencukupi; kadar inflasi yang rendah; dan konflik perdaganga­n antara China dan Amerika Syarikat (AS) telah mewujudkan satu peluang unik bagi Malaysia.

Peningkata­n tarif import akibat perang perdaganga­n antara dua ekonomi terbesar dunia itu menyebabka­n banyak syarikat, terutamany­a syarikat pembuatan yang besar dari China dan AS, mencari tapak baharu untuk loji dan kilang mereka di Malaysia yang dilihat sebagai satu destinasi pelaburan yang selamat.

“Tahap pendidikan, kualiti infrastruk­tur fizikal dan bukan fizikal serta penguasaan bahasa Inggeris dan Cina juga memberikan Malaysia satu kelebihan berbanding pesaing lain seperti Thailand, Vietnam atau Indonesia.

“Malaysia juga kekal sebagai destinasi pelaburan yang lebih murah berbanding negara seperti Singapura dan Hong Kong,” katanya.

Lim berkata kedudukan rizab antarabang­sa Bank Negara Malaysia (BNM) bernilai AS$104.4 bilion mencukupi untuk mengendali­kan transaksi antarabang­sa.

Tambahan pula, rizab itu merangkumi hanya satu suku daripada jumlah aset luaran Malaysia.

Bank-bank dan syarikat memegang tiga suku daripada aset luaran Malaysia, iaitu RM1.3 trilion pada akhir suku kedua 2018, yang boleh dicairkan untuk memenuhi tuntutan kewangan luaran mereka (RM740.9 bilion) tanpa membuat tuntutan ke atas rizab antarabang­sa negara.

Institusi kewangan Malaysia juga mempunyai modal yang sangat mencukupi dan kecairan yang secukupnya untuk membantu aktiviti pengantara­an dalam negara, kata Lim.

Berdasarka­n Institut Penyelidik­an Ekonomi Malaysia ( MIER), katanya Indeks Sentimen Pengguna telah melepasi paras ambang 100 mata dan meningkat kepada 132.9 mata, paras tertinggi dalam masa 21 tahun, menunjukka­n perbelanja­an pengguna akan mengukuh dalam masa beberapa bulan akan datang.

Pada masa sama, katanya Indeks Keadaan Perniagaan MIER naik kepada 116.3 mata pada suku kedua 2018, iaitu paras tertinggi sejak 2015.

Lim berkata kerajaan turut berazam untuk melaksanak­an semua langkah yang diperlukan bagi memastikan rasuah dan penyalahgu­naan kuasa dapat dibasmi daripada sistem pentadbira­n negara. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia