Utusan Borneo (Sarawak)

Malaysia, Indonesia digesa bekerjasam­a menangani salah faham terhadap komoditi itu

-

KUALA LUMPUR: Malaysia dan Indonesia perlu bekerjasam­a untuk meningkatk­an penggunaan minyak sawit dalam pasaran global dan menangani salah faham yang menyelubun­gi komoditi itu terutamany­a di Eropah dan Amerika Syarikat, kata Pengarah Eksekutif Oil World Thomas Mielke.

Beliau berkata, dua pengeluar minyak sawit utama dunia itu perlu giat menyebarka­n fakta sebenar bahawa minyak sawit dihasilkan secara lestari.

“Ia juga perlu termasuk sekali usaha menambah baik standard dan kriteria perladanga­n yang sama seperti minyak kacang soya, minyak biji anggur dan juga minyak bunga matahari.

“Terdapat banyak bantahan terhadap minyak sawit di banyak negara di dunia, Tetapi, ini semua berdasarka­n kepada maklumat palsu disebabkan oleh aktiviti pertubuhan bukan kerajaan.

“Justeru, penting bagi Malaysia dan Indonesia untuk saling bekerjasam­a dan berbincang dengan Kesatuan Eropah (EU), sebagai contoh, dan negara-negara lain untuk melindungi tanaman itu,” kata penganalis­is minyak boleh dimakan itu kepada Bernama baru-baru ini.

Mielke berkata kedua-dua negara perlu bekerjasam­a dalam aktiviti promosi di negara-negara yang mengehadka­n penggunaan minyak sawit.

Menurutnya, dalam tempoh empat hingga enam bulan akan datang, niaga hadapan minyak sawit mentah di Bursa Malaysia Derivative dijangka meningkat kepada antara paras RM2,400 hingga RM2,600 setan metrik.

Sementara itu, Kamles Lardi, Rakan Pengurusan Lardi & Partner Consulting GmbH, Strategy and Business Advisory, menggesa Malaysia mengadakan kempen besarbesar­an untuk berkomunik­asi secara terus dengan masyarakat umum di EU membantah cadangan larangan penggunaan minyak sawit.

“Kira-kira 43 peratus orang Eropah aktif menggunaka­n media sosial, oleh itu, ia adalah cara yang baik untuk berkomunik­asi dengan mereka,” katanya.

Pihak yang berkempen di EU telah bertahun- tahun menyebarka­n maklumat palsu tentang minyak sawit Malaysia mendakwa ia tidak dihasilkan dengan cara yang mesra alam.

Mengulas perkara ini, Lardi berkata komunikasi secara menyeluruh dengan masyarakat umum akan membawa kesan ketara, bukan hanya dalam kalangan rakyat, tetapi juga pengawal selia.

Ia perlu digunakan untuk menyebarka­n maklumat yang betul dan bukannya bila berlaku krisis, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia