Utusan Borneo (Sarawak)

Pilihan lebih baik daripada IPO bagi Sapura Energy melalui cadangan kerjasama dengan OMV

-

KUALA LUMPUR: Usaha korporat terkini Sapura Energy Bhd dengan syarikat minyak dan gas utama dari Austria, OMV AG, akan memberi pelbagai manfaat yang berpotensi, termasuk membuat cadangan langkah itu yang lebih baik daripada tawaran awam permulaan (IPO) bagi Sapura Upstream Sdn Bhd, cabang penerokaan dan pengeluara­nnya (E&P).

OMV kini di peringkat akhir untuk memuktamad­kan cadangan urus niaga untuk membeli pegangan sebanyak 50 peratus dalam Sapura Upstream yang akan menyaksika­n syarikat dari Austria itu mempunyai kedudukan perniagaan yang lebih kukuh di Asia Tenggara.

Cadangan urus niaga itu, menurut Macquarie Research Malaysia, adalah lebih baik daripada IPO berikutan penilaian yang lebih baik, kos lebih rendah, proses lebih lancar dan kurang keperluan pengawalse­liaan bagi Sapura Upstream.

Melalui pakatan itu, Sapura Energy akan mendapat rakan strategik untuk memperoleh kerja-kerja huluan bagi segmen penggerudi­an dan kejurutera­an dan pembinaann­ya, sesuatu yang entiti tempatan mahu melihat lebih banyak aktiviti perniagaan selepas industri minyak dan gas (O&G) lembap seketika dari 2014 hingga baru-baru ini.

Lebih setahun lalu, Sapura Energy telah memikirkan mengenai kemungkina­n un- tuk mengapungk­an cabang E& P melalui IPO untuk mengewangk­an asetnya dan mengukuhka­n kewangan kumpulan itu.

Bagaimanap­un, cadangan langkah korporat terkini dengan OMV itu boleh meraih banyak manfaat dengan satu tindakan apabila Sapura Energy mendapat akses kepada modal kerja yang amat diperlukan untuk menjana wang.

Macquarie Research juga berkata manfaat kewangan daripada langkah OMV itu dijangka membawa hasil sebanyak AS$800 juta atau RM3.32 bilion daripada nilai pasaran Sapura Upstream sebanyak AS$1.6 bilion atau RM6.64 bilion.

Bersama dengan langkah untuk meningkatk­an modal yang dirancang, melalui terbitan hak yang dianggarka­n sekitar RM4 bilion, ia dijangka membawa masuk kira-kira RM7 bilion untuk Sapura Energy dalam dana yang mencukupi yang boleh digunakan sebagai modal kerja atau mengurangk­an hutangnya kepada nisbah kadar hutang kira-kira 0.5 kali daripada semasa 1.6 kali.

Dengan implikasi kewangan yang menggalakk­an, Sapura Energy akan memanfaatk­an keadaan yang semakin baik dalam industri O& G untuk membentuk pakatan strategik dengan penggiat yang kukuh untuk meneroka potensi pasaran yang lebih besar, katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia