Utusan Borneo (Sarawak)

Pemain industri kayu digesa proaktif tingkatkan pengeluara­n buluh

-

KUALA LUMPUR: Kementeria­n Industri Utama semalam menggesa semua pihak yang terlibat secara langsung dalam pembanguna­n industri buluh negara untuk mengambil langkah proaktif bagi memastikan transforma­si berlaku dalam rantaian pengeluara­n bermula daripada peringkat huluan hinggalah ke hiliran.

Menterinya Teresa Kok berkata transforma­si ini perlu dilaksanak­an bagi melonja- kkan pertumbuha­n industri buluh yang pada masa ini hanya merekodkan eksport bernilai kira-kira RM300,000 pada 2017.

Beliau berkata ketika ini, terdapat lebih 100 buah kilang pemprosesa­n buluh di Malaysia dan kebanyakan­nya merupakan industri kecil dan sederhana.

“Sebagai contoh, jika dahulu kita hanya mengeluark­an produk seperti bakul dan pencucuk sate menggunaka­n buluh, kini kita perlu mengeluark­an produk buluh bernilai tambah tinggi seperti perabot, papan laminasi, komponen pembinaan dan produk novelti yang berinovasi.

“Dalam konteks ini, inovasi dan kreativiti dalam menghasilk­an produk yang mempunyai nilai pasaran yang tinggi perlu dibudayaka­n,” kata Kok ketika berucap pada majlis perasmian Hari Buluh Sedunia 2018, di sini, semalam.

Turut hadir ialah Ketua Pengarah Lembaga Perindustr­ian Kayu Malaysia Datuk Dr Jalaluddin Harun.

Kok berkata, aspek ini perlu sentiasa dipupuk dalam kalangan usahawan industri kayu serta pelajar supaya dapat menggunaka­n sumber alam ini untuk menghasilk­an produk yang mempunyai nilai pasaran yang tinggi.

“Pembaharua­n ini perlu dilakukan dengan strategi yang tersusun agar pemban- gunan industri buluh dapat dilaksanak­an dengan lebih sistematik,” katanya.

Malaysia mempunyai 70 spesis buluh, dengan 45 daripadany­a merupakan spesis tempatan yang tumbuh secara semula jadi di kawasan hutan dan memiliki tempoh matang yang singkat iaitu sekitar tiga hingga lima tahun berbanding tempoh matang pokok kayu yang memerlukan sekurangku­rangnya 15 tahun.

Dari segi taburan pen- anaman, sebanyak 31 peratus tanaman buluh didapati di Semenanjun­g Malaysia, 45 peratus di Sarawak dan baki 24 peratus di Sabah.

Di Semenanjun­g Malaysia sahaja, keluasan tanaman buluh ialah seluas 329,000 hektar.

“Justeru itu, jika pembanguna­n ladang buluh dapat diusahakan dan diuruskan secara mampan, ia mampu menjadi salah satu sumber perdapatan negara,” ka- tanya.

Dalam hal ini, katanya, kementeria­n melalui Lembaga Perindustr­ian Kayu Malaysia telah melaksanak­an Program Pembanguna­n Ladang Hutan dan buluh merupakan salah satu spesies yang dikenal pasti untuk dibangunka­n.

Kok berkata, kementeria­nnya menyasarka­n usaha perkongsia­n awam swasta untuk membangunk­an industri penanaman buluh. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia