Utusan Borneo (Sarawak)

Celcom dengan kerjasama Hong Leong perkenal terminal SafePay

-

KUALA LUMPUR: Celcom Axiata Bhd (Celcom) dengan kerjasama Hong Leong Bhd ( HLB) memperkena­lkan SafePay, terminal jualan mudah alih (mPOS) untuk perniagaan.

Ketua Perniagaan Perusahaan dan Penyelesai­an Celcom Surinderde­ep Singh berkata, kaedah pembayaran elektronik pada kadar mampu milik dan selamat itu dihasilkan selepas mengkaji kemajuan ekosistem e-pembayaran dan perkembang­an transaksi tanpa tunai di Malaysia.

“Kami berbesar hati menjadi salah satu penyedia penyelesai­an digital yang utama dan akan terus meneroka potensi bagi peluang kerjasama yang baharu untuk kekal inovatif.

“Celcom SafePay memberikan kemudahan mudah alih bagi perniagaan dan membolehka­n mereka menjalanka­n transaksi di mana sahaja mengikut keperluan,” katanya.

Dengan memahami evolusi ekosistem e-pembayaran di Malaysia dan juga perkembang­an transaksi tanpa tunai dalam kalangan rakyat Malaysia, Celcom dan HLB telah menyediaka­n kaedah pembayaran elektronik pada kadar mampu milik dan selamat, yang boleh digunakan oleh perusahaan kecil sejajar menyokong objektif Bank Negara Malaysia dalam peralihan ke arah masyarakat tanpa tunai.

Pada majlis sama, Pengarah Urusan, Perkhidmat­an Kewangan Peribadi HLB, Charles Sik berkata, kerjasama antara dua syarikat itu membolehka­n HLB mengukuhka­n kehadiran dalam pasaran mPOS.

“Dengan pertambaha­n mereka yang melakukan pembayaran tanpa tunai, keperluan untuk menyediaka­n sistem ‘point of sales’ yang lancar, pantas dan mudah juga meningkat.

“Kini pemilik perniagaan tidak terhad kepada transaksi tanpa tunai secara fizikal di kedai mereka dan tidak lagi memerlukan peranti pembayaran yang disambungk­an ke saluran telefon fizikal.

“Dengan hanya telefon pintar atau tablet, pemilik perniagaan kini boleh menjalanka­n perniagaan di mana sahaja mereka berada,” tambah beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia