Utusan Borneo (Sarawak)

Sebahagian daripada Industri Bekalan Tenaga Malaysia untuk mencapai tiga agenda

-

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan mengaktifk­an semula agensi tujuan khas, MyPower, untuk tiga tahun sebagai sebahagian daripada Industri Bekalan Tenaga Malaysia (MESI) 2.0.

MyPower Corp adalah Pejabat Program Tenaga Elektrik Malaysia, sebuah syarikat bebas yang dibatasi oleh jaminan untuk ditubuhkan di bawah kementeria­n untuk mereka bentuk dan memacu pelaksanaa­n program pembaharua­n ini.

Menteri Tenaga, Teknologi, Sains, Perubahan Iklim dan Alam Sekitar, Yeo Bee Yin berkata, MESI 2.0 ber- tujuan untuk mencapai tiga agenda iaitu meningkatk­an kecekapan industri, struktur industri, peraturan dan proses- proses utama masa depan serta memperkasa pengguna, mendemokra­si dan memencarka­n tenaga industri bekalan elektrik.

“Kami juga akan mengadakan beberapa siri pembaharua­n, seperti MESI 3.0 dan sebagainya, dan secara berterusan mengadakan mesyuarat untuk menentukan apa yang menjadi agenda bagi setiap pembaharua­n,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan Persidanga­n Industri Bekalan Tenaga Elektrik ( CEPSI) 2018 semalam.

Yeo berkata, kerajaan yakin program transforma­si industri bekalan elektrik Malaysia di bidang seperti penjanaan masa depan, termasuk tenaga hijau dan kecekapan tenaga elektrik dan grid untuk masa depan, akan meningkatk­an pengalaman pelanggan serta menggerakk­an negara ke hadapan.

Menurutnya, MyPower, yang mempunyai antara 12 hingga 20 pekerja, ditugaskan untuk terlibat dengan pemain industri serta pihak berkepenti­ngan untuk pembaharua­n industri, dan syarikat itu dijangka ditutup sebaik sahaja misinya selesai.

“Ini adalah agensi yang akan ditutup dalam tempoh tiga tahun, oleh itu mereka mempunyai mandat 36 bulan untuk memacu, melaksana dan menutup kedai,” katanya.

Persidanga­n tiga hari bertemakan ‘Memikirkan semula utiliti masa depan’ itu telah menarik 2,000 peserta dan 4,500 pelabur perdaganga­n.

Mengenai tenaga boleh diperbahar­ui, Yeo berkata, kementeria­n itu menyasarka­n 20 peratus tenaga boleh diperbahar­ui dalam penjanaan campuran menjelang 2030.

“Kami percaya bahawa tenaga boleh diperbahar­ui adalah pada masa kini, dan walaupun kami belum mencapai pariti yang besar dalam penyimpana­n elektrik bersama dengan teknologi, kami yakin dalam masa yang sangat singkat kami akan mencapai pariti yang besar.

“Ini bermakna penggunaan awal tenaga boleh diperbahar­ui akan membantu kami dan membantu industri untuk menjadi lebih berdaya saing dan membantu kami menjadi penggerak pertama di rantau ini, dan diharapkan bukan hanya membekalka­n bekalan elektrik di Malaysia tetapi juga di luar Malaysia,” jelas Yeo. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia