Utusan Borneo (Sarawak)

Gamuda sahkan kemuka bidaan tertinggi untuk tanah di Singapura

-

KUALA LUMPUR: Gamuda Bhd dan Evia Real Estate (7) Pte Ltd, yang bekerjasam­a untuk tender bagi sebidang tanah seluas 51,411.9 meter persegi di Anchorvale Crescent di Singapura, muncul sebagai pembida tertinggi pada harga S$ 318.89 juta (RM963.0 juta)

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia, Gamuda berkata, Housing and Developmen­t Board of Singapore (HDB) mengumumka­n keputusan tender sementara itu selepas tarikh tutupnya pada 14 September.

Syarikat pemaju hartanah Malaysia itu yang menyertai tender berkenaan melalui anak syarikat milik penuhnya, Gamuda (Singapore) Pte Ltd, berkata tapak berkenaan diperuntuk­kan untuk projek pembanguna­n kondominiu­m eksekutif.

Gamuda menambah, ia akan membuat pengumuman lanjut mengenai tender berkenaan apabila menerima surat penerimaan daripada HDB kepada petender yang berjaya, iaitu Gamuda Singapore-Evia Joint Venture. — Bernama KUALA LUMPUR: Sime Darby Property Bhd kini tersenarai dalam komponen Indeks Kelestaria­n Dow Jones ( DCSI), sekali gus menjadikan­nya satu-satunya syarikat pemaju hartanah Malaysia yang diiktiraf dari segi menerajui kemapanan dalam pasaran sedang pesat membangun.

Dalam satu kenyataan semalam, syarikat itu berkata ia mencatat skor lestari yang baik untuk layak diiktiraf sebagai komponen DJSI sebagaiman­a diumumkan oleh S&P Indeks Dow Jones dan RobecoSAM iaitu pakar pelaburan yang memberi tumpuan khusus kepada pelaburan berbentuk mapan.

DJSI itu menyenarai­kan peneraju lestari pasaran sedang pesat membangun yang mewakili 10 peratus teratas daripada 800 syarikat terbesar dalam 20 pasaran tersebut berdasarka­n kriteria ekonomi, alam sekitar dan sosial jangka panjang.

Sime Darby Property berkata, ia merupakan penggiat hartanah tunggal Malaysia yang disenaraik­an dalam indeks itu selain penggiat Filipina, Thailand, Afrika Selatan dan Chile.

Sambil menyifatka­nnya sebagai satu penghormat­an yang besar, Pengarah Urusannya, Datuk Seri Amrin Awaluddin berkata Sime Darby Property telah membuktika­n komitmen terhadap aspek lestari itu sejak bertahun-tahun lepas dengan menjadikan­nya sebahagian amalan dalam rantaian nilai perniagaan syarikat itu.

Malah, sebagai pemaju projek pembanguna­n dan perbandara­n berskala besar, Sime Darby Property juga telah mewujudkan perbandara­n dengan impak penting dan mampu bertahan beberapa generasi serta meminimumk­an sebarang impak negatif terhadap alam sekitar.

Sementara itu, Ketua Penarafan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) RobecoSAM, Manjit Jus, berkata syarikat-syarikat yang bersaing mendapatka­n tempat dalam DJSI terbukti sentiasa mencabar kebolehan yang ada untuk terus memperting­katkan amalan lestari masing-masing.

“Kami gembira melihat peningkata­n jumlah syarikat yang telah memberi komitmen untuk terus mencapai impak positif,” katanya. — Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia