Utusan Borneo (Sarawak)

Guardian Malaysia kukuhkan kolaborasi dengan Canmake

- Oleh Adriana Mroon Ambrose

KUALA LUMPUR: Guardian Malaysia bakal mengukuhka­n kolaborasi­nya dengan Canmake, salah satu jenama kosmetik mampu milik yang paling popular di Jepun, melalui penambahan rangkaian produk dan bilangan stor yang menawarkan jenama tersebut.

Ketua Pemasaran Guardian Health and Beauty Sdn Bhd Wong Vai Chi berkata, keputusan untuk memberikan lebih banyak ruang kepada Canmake ini adalah untuk memenuhi keperluan pelanggan mereka yang sentiasa meningkat untuk produk kecantikan yang baharu pada nilai hebat.

“Pada tahun 2015, Guardian menawarkan produk Canmake di 12 buah stor. Hari ini, produk Canmake boleh didapati di 55 buah stor dan menjelang akhir tahun ini, ia bakal dijual di 80 buah stor kami.

“Guardian berbangga dan teruja untuk bekerjasam­a dengan Canmake dalam menyediaka­n rangkaian produk hebat ini kepada lebih ramai pelanggan kami,”katanya.

Bagi memastikan pelanggan mengetahui dan berpeluang untuk mencuba produk Canmake, Guardian Malaysia telah menyediaka­n kaunter ‘ make- me up’, yang lengkap dengan maklumat pengguna dan paparan ‘ tester’ untuk memberikan pengalaman yang lengkap kepada pelanggan.

Produk-produk Canmake direka bentuk dengan baik dalam saiz kompak untuk kemudahan pengguna. Ia muat di dalam beg kosmetik atau tas tangan anda. Ia juga dijual pada harga yang perpatutan antara RM31.90 hingga RM86.70.

Canmake, mula dijual di stor- stor Guardian sejak 2015, telah dilancarka­n 33 tahun lalu di Jepun, di mana ia sangat popular dalam kalangan semua generasi kerana ia menawarkan pelbagai produk yang comel, bergaya dan berkualiti pada harga mampu milik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia