Utusan Borneo (Sarawak)

KTS Trading lancar set jana kuasa mudah alih Atlas Copco

-

KUALA LUMPUR: WCT Bhd, anak syarikat milik penuh WCT Holdings Bhd (WCT), berjaya mendapat kontrak bernilai RM1.77 bilion daripada Impian Ekspresi Sdn Bhd (IESB) bagi membina dan menyiapkan sebuah projek pembanguna­n komersial.

Skop kerja terbabit adalah sebahagian daripada Pavilion Damansara Heights yang meliputi pembinaan sembilan menara pejabat dan tiga blok pangsapuri perkhidmat­an di atas sebuah kawasan podium terdiri daripada ruang runcit, aras mezanin dan kerja-kerja di aras bawah dan tempat letak kereta bawah tanah.

Dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini, WCT berkata, pembinaan itu yang dijadual bermula bulan ini juga dijangka siap dalam tempoh 38 bulan.

Menurutnya, kontrak itu adalah transaksi urus niaga berulangan antara WCT Group dan IESB.

IESB adalah syarikat yang menyaksika­n Pengerusi Eksekutif WCT, Tan Sri Lim Siew Choon mempunyai kepentinga­n saham tidak langsung manakala beliau dan Datuk Lee Tuck Fook iaitu Pengarah Urusan Kumpulan WCT menganggot­ai Lembaga Pengarah IESB. — Bernama KUALA LUMPUR: Pengendali pasaran e- dagang, Carousell Malaysia menjalin kerjasama dengan penyedia perkhidmat­an e-dompet Boost dan syarikat logistik, PostCo, dalam usaha memenuhi permintaan khidmat pembayaran dan logistik di seluruh Malaysia.

Dalam satu kenyataan semalam, Ketua Negara Carousell Tang Siew Wai berkata, kerjasama itu dimeterai pada bulan lepas membabitka­n urus niaga promosi silang yang akan diadakan sehingga akhir September ini.

Menurutnya, promosi itu termasuk pemberian ganjaran tunai bagi pembelian di Carousell yang membabitka­n Boost, selain kadar penghantar­an khas untuk pelanggan yang membuat pilihan penghantar­an menerusi PostCo.

“Ini merupakan kesempatan untuk menyediaka­n perkhidmat­an serba lengkap kepada para pengguna kami. Malah, kami akan terus meninjau peluang untuk menambah baik pasaran serta khidmat kepada rakyat Malaysia,” katanya.

Carousell yang dibuka pada 2012, kini bertapak di tujuh pasaran iaitu Singapura, Malaysia, Indonesia, Filipina, Hong Kong, Taiwan dan Australia dengan 158 juta penyenarai­an produk/ perkhidmat­an. — Bernama SIBU: Lebih 30 pelanggan hadir pada majlis pelancaran set jana kuasa mudah alih Atlas Copco oleh pengedar sah tunggal di Sabah dan Sarawak, KTS Trading Sdn Bhd semalam.

Sebanyak tiga model set jana kuasa P-Range iaitu P2000i (1.6KVA). P3000 (2.3KVA) dan P6500(5KVA) dipamerkan untuk tatapan umum di permis KTS Trading Sdn Bhd, di sini.

Pengurus KTS Trading Sdn Bhd Cawangan Sibu Yong Bee Kiek berkata, majlis pelan- caran alat yang sama turut diadakan di seluruh cawangan KTS termasuk di Kota Kinabalu, Sabah.

Katanya, produk terbaharu Atlas Copco ini memiliki rekaan yang kukuh, padat serta penyelengg­araan ringkas.

Pemilikan peralatan ini juga mampu menghadirk­an ketenangan fikiran dan inovasi Altas Copco yang berprestas­i tinggi dari segi ketahanan, jangka waktu yang panjang dan pengawalan voltannya.

P-Range sesuai untuk pembinaan, ladang penternaka­n, aplikasi kecemasan, pertanian dan sebagainya.

Mereka yang berminat terhadap produk tersebut boleh menghubung­i Yong di talian 016-8927757 atau 084333153.

Hadir sama pada majlis pelancaran tersebut ialah Pengurus Kanan Ibu Pejabat KTS Trading Sdn Bhd Ling Leong King dan Eksekutif Kanan KTS Trading Sdn Bhd Kevin Lau Kor Jie.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia