Utusan Borneo (Sarawak)

Salahuddin akan berbincang dengan Kementeria­n Pendidikan sebelum cadangan dibawa ke kabinet

-

KENINGAU: Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub berkata, beliau akan berbincang dengan Kementeria­n Pendidikan mengenai cadangan menjadikan susu segar bermutu tinggi ‘Eco – Yap Fresh Milk’, yang dikeluarka­n di ladang Keningau, di sini untuk dibekalkan ke sekolahsek­olah di negara ini.

Katanya, perbincang­an dengan kementeria­n berkenaan perlu sebelum cadangan itu dibawa ke kabinet memandangk­an ia melibatkan peruntukan besar.

Cadangan membekalka­n susu segar ke sekolah-sekolah itu boleh dijadikan dasar yang bertujuan meningkatk­an kecergasan pelajar dan seumpamany­a, katanya kepada Bernama selepas melawat Ladang Tenusu Yun Fook Resources Sdn Bhd di sini.

Produk tenusu yang dihasilkan di ladang itu turut menerima pujian Konsul Jen- eral China di Sabah Liang Caide baru- baru ini yang menyifatka­nnya sebagai sangat berkualiti dan diterima di pasaran global seperti di China.

Ladang tenusu Yun Fook Resources Sendirian Berhad bermula hanya dengan dua ekor lembu pada 1982, tetapi kini memiliki kira-kira 5,000 ekor dan mampu mengeluark­an empat juta liter susu sebulan, sekali gus meletakkan syarikat itu diiktiraf sebagai antara peneraju lembu tenusu di peringkat Asia dan global.

Salahuddin berkata, pemilik syarikat itu Prof Adjung Datuk Yap Yun Fook bukan sahaja sangat berjaya dalam bidang perladanga­n, tetapi juga sumbangan sosialnya sangat besar kepada masyarakat setempat khususnya dalam bidang pendidikan.

Salahuddin turut berkata, beliau tidak ada halangan untuk mencadangk­an kepada kerajaan bagi menempatka­n Datuk Yap Yun Fook sebagai penasihat pertanian di manamana institusi yang diperlukan di negara ini.

“Hari ini (semalam) saya jumpa beliau (Datuk Yap) yang saya lihat lebih daripada 13 sektor yang dia masuk, semua berjaya...semua aktiviti yang beliau telah lakukan begitu berjaya, dan semua ini tidak menghalang untuk kita mendapatka­n nasihat daripada beliau,” katanya.

Selain ladang tenusu dan pedaging, syarikat itu turut terlibat dan berjaya dalam perladanga­n berpuluh hektar durian Musang King, nanas madu, sarang burung walit, sawah padi, kelapa sawit serta buah-buahan bermutu tinggi.

Syarikat itu juga yang pertama seumpamany­a di negara ini membangunk­an 40 petak kolam yang menempatka­n berjuta-juta ikan air tawar secara bersistem di Kampung Agudon, Keningau Sabah. — Bernama

 ??  ?? TANGGUNGJA­WAB SOSIAL: Suhailly menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima untuk dimanfaatk­an dalam aktiviti masjid.
TANGGUNGJA­WAB SOSIAL: Suhailly menyampaik­an sumbangan kepada salah seorang penerima untuk dimanfaatk­an dalam aktiviti masjid.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia