Utusan Borneo (Sarawak)

Penduduk kampung dibelenggu masalah bekalan air berpanjang­an

-

SANDAKAN: Walaupun telah disambungk­an bekalan air paip bersih sejak 10 tahun lepas kemudahan asas itu seolah-olah satu kemewahan bagi penduduk di Kampung Rancangan Luboh Peringkat 6, yang terletak hanya 45 minit dari pusat bandar.

Ini kerana penduduk di sini mengadu mereka kerap menghadapi masalah ketiadaan bekalan air paip yang tetap dan sering terputus bekalan air.

Penduduk kampung itu Renni Majin berkata masalah gangguan bekalan air paip memang menjadi perkara rutin yang terpaksa dihadapi penduduk di sini dan rata-ratanya mereka terpaksa bergantung kepada tadahan air hujan bagi menampung keperluan seharian mereka.

“Biasanya dalam seminggu tu, sekurang-kurangnya dua atau tiga hari tidak ada air. Kali terakhir ada air paip ialah pada Khamis lepas, itupun sekejap saja pada tengah malam. Jadi sampai hari ini sudah lima hari tidak ada air paip,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Katanya keadaan menjadi lebih teruk apabila simpanan air tadahan mula berkuranga­n apabila ketiadaan hujan.

“Sekarang ini air tangki pun sudah habis sebab tidak ada hujan. Keadaan ini memang payah, anak-anak ke sekolah pun tidak mandi,” katanya.

Kampung yang mempunyai kira-kira 160 buah rumah telah disambungk­an bekalan air paip bersih sejak 10 tahun lepas dan sebelum itu, selain tadahan air hujan, sumber air bagi penduduk di sini adalah daripada perigi.

Seorang lagi penduduk yang ditemui Jamat Bungso, 45, berkata tidak ada tindakan penambahba­ikan walaupun aduan telah dibuat kepada Jabatan Air. — Bernama

 ??  ?? KAJI DASAR: Redzuan (tengah) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan dengan para peserta.
KAJI DASAR: Redzuan (tengah) bersama tetamu kehormat lain merakamkan gambar kenangan dengan para peserta.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia