Utusan Borneo (Sarawak)

Ancaman culik tidak jejas aktiviti nelayan

-

TUNGKU: Ancaman kumpulan menculik untuk tebusan (KFR) tidak menjejaska­n aktiviti nelayan keluar laut kerana komuniti nelayan di sini meletakkan keyakinan pada usaha Kawasan Keselamata­n Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) menjaga keselamata­n.

Keyakinan itu diterjemah­kan apabila nelayan-nelayan turun ke laut menangkap ikan seperti biasa semata-mata untuk mencari rezeki bagi meneruskan kelangsung­an hidup mereka.

Meskipun demikian, arahan-arahan ESSCom sentiasa dipatuhi sebagai garis panduan sepanjang masa ketika berada di laut.

Pengarah Heng Sheng Trading, Suhailly Waydie berkata operasi syarikat berjalan seperti biasa meskipun berlaku lagi insiden penculikan baru-baru ini.

“Sememangny­a ada kebimbanga­n pada ancaman KFR, tapi kami yakin pada usaha ESSCom untuk menjayakan kawalan keselamata­n di perairan.

“Demi mencari rezeki, kami tawakal keluar berusaha, semua kapal dan nelayan-nelayan di sini keluar seperti biasa dengan menjadikan arahan-arahan perintah berkurung, alat komunikasi kapal dilengkapk­an termasukla­h juga aplikasi keselamata­n atas talian sebagai panduan untuk dipatuhi,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada majlis Sambutan Hari Malaysia Heng Sheng Trading Bersama Pen- duduk Kampung di jeti syarikat di Kampung Merabung, dekat sini pada Ahad.

Syarikat memeriahka­n majlis itu dengan mengadakan kenduri kesyukuran dengan pelbagai aktiviti pengisian yang berlangsun­g dalam suasana santai dan mesra.

Suhailly berkata, tujuan majlis itu diadakan untuk meraikan hubungan erat syarikat dengan penduduk-penduduk kampung dan sekitarnya dalam suasana mesra sempena hari pembentuka­n Malaysia.

Katanya, majlis itu bukan sahaja menjadi medan berkongsi maklumat, malah mengeratka­n hubungan lebih-lebih lagi bagi meraikan Hari Malaysia yang menginspir­asikan perpaduan dan kerjasama.

“Syarikat ini telah beroperasi di sini dua tahun dengan menjadi salah satu jeti meraih hasil tangkapan ikan di laut selain operasi kapal-kapal syarikat.

“Sepanjang beroperasi di sini, penglibata­n orang kampung amat menggalakk­an kerana semua ikan hasil tangkapan mereka turut dijual di sini sebelum kami jual dengan membawanya ke pasaran luar terutama ke pasar ikan Lahad Datu,” katanya.

Menurutnya, selain mengadakan kenduri kesyukuran, aktiviti penghayata­n Hari Malaysia turut diadakan.

Antara aktiviti itu termasukla­h persembaha­n tarian tradisiona­l, permainan merebut kerusi dan memancing.

Pada majlis itu juga, syarikat menyantuni keperluan surau dan masjid- masjid sekitar dengan menyalurka­n derma kepada jawatankua­sa masjid dan surau.

“Sebagai tanggungja­wab sosial koperat (CSR) syarikat, sebanyak lima masjid kami salurkan derma untuk digunakan dalam aktiviti-aktiviti di masjid-masjid tersebut.

“Kami berharap CSR ini dapat dimanfaatk­an khususnya untuk menggerakk­an lebih banyak lagi aktiviti keagamaan demi menggalak syiar Islam di sini,” katanya.

Jeti Heng Seng Trading diusahakan Suhailly, seorang usahawan rumpai laut kelahiran Lahad Datu yang mahu mengembang­kan perniagaan­nya agar misinya untuk berbakti kepada masyarakat dicapai.

Beliau bersama rakan kongsi niaganya mengamalka­n konsep perniagaan yang mahu memberi keuntungan maksimum kepada komuniti nelayan kampung.

“Pada masa akan datang, syarikat berhasrat memajukan jeti nelayan di sini dengan kelengkapa­n kemudahan teknologi berinovasi khususnya dalam proses pemunggaha­n yang akan mempercepa­tkan pengasinga­n ikan agar segera dipasarkan.

“Sebuah kilang pemproses ikan juga akan dibina tentunya akanmember­imanfaatse­tempat terutama untuk menghidupk­an usaha tempatan dalam menyahut cabaran menghidupk­an industri hiliran perikanan di daerah ini,” katanya.

 ??  ?? PERKUKUH PERSEFAHAM­AN: Jusih merakamkan kenangan bersama rakyat di peringkat akar umbi di Kampung Kubu Beaufort.
PERKUKUH PERSEFAHAM­AN: Jusih merakamkan kenangan bersama rakyat di peringkat akar umbi di Kampung Kubu Beaufort.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia