Utusan Borneo (Sarawak)

Dasar Kabotaj akan dikaji semula agar usahawan di Sabah nikmati kos rendah

-

KOTA KINABALU: Kerajaan persekutua­n memberi jaminan bagi memastikan satu usaha untuk mengkaji semula Dasar Kabotaj akan dilaksana.

Menteri Pembanguna­n Usahawan Mohd Redzuan MD Yusof berkata, kajian itu bagi membolehka­n usahawan di Sabah menikmati kos yang rendah berbanding kini sangat tinggi sehingga menyebabka­n pengguna turut terjejas.

“Kita sedia maklum bahawa kos kehidupan di sini sangat tinggi dan Dasar Kabotaj itu adalah dasar persekutua­n.

“Apa yang kita boleh lakukan adalah menunaikan janji untuk mengkaji semula perkara itu agar mampu mengurangk­an sedikit kos kepada peniaga di Sabah,” katanya dalam Sesi Dialog Sempena Konvensyen Memperkasa­kan Usahawan Bumiputera, di sini pada Isnin.

Beliau berkata, tidak dinafikan usaha kerajaan negeri Sabah untuk memperjuan­gkan kesamarata­an harga barangan di sini dengan Semenanjun­g Malaysia adalah penting.

Katanya, kerajaan persekutua­n juga menggesa kerajaan negeri untuk meningkatk­an kemudahan infrastruk­tur di sini khususnya cadangan pembinaan pelabuhan terbesar di daerah Kudat.

“Saya juga ingin menasihatk­an semua agensi berkaitan kementeria­n ini di Sabah agar menjalanka­n tanggungja­wab dengan telus dan menganggap Sabah sebagai rakan sekutu.

“Sekiranya usahawan Sabah kekurangan idea atau latihan, kita harus bantu... sekiranya kekurangan modal kewangan, kita perlu ‘fasilitate’ mereka,” katanya.

Menurutnya, jangan sesekali hanya ingin mencari kelemahan sehingga mewujudkan unsur-unsur sekatan kepada rakan di Sabah.

Dalam pada itu, Redzuan turut menyeru kepada semua usahawan Bumiputera di Sabah untuk berfikir dengan lebih besar bagi meluaskan rangkaian perniagaan masing-masing.

“Usahawan perlu berani untuk mengembang­kan perniagaan dan membawa pakar masing-masing. Kurangkan politik dalam perniagaan,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia