Utusan Borneo (Sarawak)

SEMINIT UNTUK MUHAMMAD FADZIL HABISKAN TIGA BIJI BURGER

- Oleh Abang Ismail Abang Su’ud

TEMPOH seminit masa diberi mencukupi untuk Muhammad Fadzil Amirul Hamid menghabisk­an tiga biji burger justeru dinobatkan juara memakan burger terbanyak secara pantas mengetepik­an cabaran 31 peserta dalam acara Penyak Burger Challenge sempena Citra Rasa Assyakirin di tapak niaga

Pasar Malam Assyakirin di Bintulu, baru-baru ini.

Pada saingan itu menyaksika­n beberapa peserta lain hanya mampu memakan satu biji dan setengah burger serta ada yang hanya mampu memakan dua biji burger sahaja.

Penganjur hanya memilih juara dalam pertanding­an julung kali diadakan itu yang mendapat sambutan ramai kalangan pengunjung di tapak niaga terbabit.

Kemenangan itu membolehka­n Muhammad Fadzil menerima hadiah berupa trofi dan hamper disampaika­n oleh Pengurus Besar Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA), Rodziah Morshidi dan disaksikan oleh Ketua Kaum Kampung Assyakirin Fasa 1, Pengiran Hamdan Pengiran Kerta.

Turut hadir Menteri di Jabatan Ketua Menteri (Integriti dan Ombudsman) merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jepak Datuk Talib Zulpilip dan ketua-ketua masyarakat setempat.

Saingan pertanding­an gerai tercantik pula menobatkan Gerai Nombor 31 milik Dayang Hanim sebagai johan.

Diikuti pertanding­an fesyen pakaian beragam kanak-kanak johan disandang Danisha Shardwin, naib johan diraih Nurul Iman Samsul dan ketiga milik Siti Nur Syafina Halim Shah.

Manakala pertanding­an menganyam ketupat, johan disandang Jibah Jana, naib johan Hajah Rukaiyah dan ketiga TERCANTIK: Gerai Nombor 31 milik Dayang Hanim dinobat sebagai gerai tercantik di tapak niaga Pasar Malam Assyakirin. SIAPA CEPAT?: Peserta bersaing pada cabaran memakan burger paling banyak dan pantas dalam tempoh seminit. diraih Zaleha Habib.

Bagi pertanding­an mengupas pinang, johan diraih Jibah Jana, naib johan Norlia Ho dan ketiga Mahani Baki.

Acara lain diadakan ialah pertanding­an mewarna untuk kanakkanak, mencari gula dalam tepung, meniup belon, memakan kuih redam, membuat kuih melaka, membuat donat dan sebagainya.

Program itu anjuran Jawatankua­sa Kemajuan dan Keselamata­n Kampung (JKKK) Kampung Assyakirin, Lembaga Kemajuan Bintulu (BDA) dan Skuad Prihatin Berkhidmat Berbakti (SPBB) serta beberapa pihak lain sempena sambutan Ambang Hari Malaysia.

 ??  ??
 ??  ?? TAHNIAH: Talib (tengah) dan Rodziah (tiga kiri) serta pemilik tercantik gerai nombor 31 bersama pemilik gerai terbabit (kanan) serta yang lain.
TAHNIAH: Talib (tengah) dan Rodziah (tiga kiri) serta pemilik tercantik gerai nombor 31 bersama pemilik gerai terbabit (kanan) serta yang lain.
 ??  ?? TERIMA KASIH: Rodziah (tiga kanan) menyampaik­an hadiah untuk pemilik gerai tercantik (Dayang Hanim) sambil disaksi Pengiran Hamdan (dua kanan) di Bintulu semalam.
TERIMA KASIH: Rodziah (tiga kanan) menyampaik­an hadiah untuk pemilik gerai tercantik (Dayang Hanim) sambil disaksi Pengiran Hamdan (dua kanan) di Bintulu semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia