Utusan Borneo (Sarawak)

TIGA LAGI EMAS DARIPADA OLAHRAGA

Merejam lembing dan lontar tukul besi wanita serta 400m lari berpagar lelaki ceriakan kem Sarawak

-

IPOH: Acara olahraga Sukan Malaysia XIX (SUKMA XIX) Perak 2018 yang berlangsun­g di Stadium Perak di sini semalam terus mencuri tumpuan penonton pada hari kelapan temasya itu.

Bagi kontinjen Sarawak, olahraga berjaya menyumbang tiga pingat emas menerusi tiga kategori.

Emas pertama diperoleh menerusi acara merejam lembing wanita oleh Wong Nie Nie setelah berjaya j y melakukan rejaman dengan engan jarak 41.22 meter.

Beliau berjaya aya mendahului penencabar­nya, Siti ti Aishah Nora Raahis dari Johor or selaku pemenang ng pingat perak denengan jarak rejaman an 41.11 meter.

Manakala, pinngat gangsa dipeeroleh­i atlet dari ari Wilayah Persekutuk­utuan, Fatin Nur Shahihahie­ra Che Rahim m dengan jarak rejaman 39.57 meter.

Pungutan pingat ngat emas Sarawak diteruskan uskan apabila Grace Wong Xiu Mei mengunggul­i acara tukul besi wanita dengan jarak balingan 56.51 meter.

Pingat perak acara tersebut dimenangi oleh Nurul BANGGA: B Nie Nie menjulang bendera Sarawak setelah berjaya menghadiah­kan pingat emas menerusi acara merejam lembing wanita. Hidayah Lukman dari Selangor dengan jarak balingan 50.25 meter dan p pingat gangsa pula di dimenangi Fatin Nabiha Nabihah Ibrahim dari Perlis (4 (49.46m). Sementara itu, keceriaan buat kontinjen Sarawak apabila Quek Lee Yong juga memperoleh pingat emas menerusi acara 400m lari berpagar lelaki dengan cata- tan masa 52.05 saat.

Beliau mendahului atlet dari Perak, Muhd Naim Abdullah selaku pemenang pingat perak dan pingat gangsa diperolehi Ruslem Zikry Putra Roseli dari Terengganu.

Mandy Goh Li pula meraih pingat perak dalam acara 400m lari berpagar wanita dengan emas dirangkul atlet Wilayah Persekutua­n Zaimah Atifah Zainuddin manakala pingat gangsa diraih atlet Kedah, Nur Nasyatul Nadia Md Nasri.

Sementara itu, acara tinju yang berlangsun­g di Dewan Dato Loppe Hashim, Bagan Datuk semalam menyaksika­n atlet Sarawak berjaya menyumbang pingat gangsa menerusi Christyude­n Ripoh bagi kategori 69kg.

Christyude­n tewas 0-5 di tangan petinju dari Pulau Pinang, Mohamad Asuad Mohd Halim di peringkat separuh akhir.

Daeloniel Mcdelon Bong pula berjaya melayakkan diri ke pentas final kategori 56kg selepas berjaya menumpaska­n Rajan S Nadarajah dari Wilayah Persekutua­n 5-0 peringkat separuh akhir semalam.

Presiden Persatuan Tinju Sarawak (SABA) Datuk Rah- man Lariwoo ketika dihubungi mengucapka­n tahniah buat kedua-dua petinju yang berjaya mencipta kejutan.

“Tahniah buat kedua-dua petinju kita yang telah berjaya mencipta kejutan. Walaupun Christyude­n hanya mampu menyumbang pingat gangsa, ia satu pencapaian yang amat bagus.

“Rakannya ( Daeloniel) masih dalam radar untuk pemburuan pingat emas,” ulas beliau.

Apa pun tegas Rahman, diharap ada jelmaan pingat emas pada aksi akhir yang dijadualka­n berlangsun­g pada Sabtu ini.

Tahniah buat kedua-dua petinju kita yang telah berjaya mencipta kejutan. Walaupun Christyude­n hanya mampu menyumbang pingat gangsa, ia satu pencapaian yang amat bagus. Rakannya (Daeloniel) masih dalam radar untuk pemburuan pingat emas.” Datuk Rahman Lariwoo Presiden SABA

 ??  ??
 ??  ??
 ??  ??
 ??  ?? Daripada Mohd Aliff Idzwan Abdullah
Daripada Mohd Aliff Idzwan Abdullah

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia