Utusan Borneo (Sarawak)

REMAJA LANGGAR LORI SIMEN MENINGGAL DUNIA DI HOSPITAL

-

SIBU: Remaja lelaki yang cedera parah selepas motosikaln­ya melanggar bahagian belakang lori simen di Jalan Tun Ahmad Zaidi Adruce pagi kelmarin menghembus­kan nafas terakhirny­a di Hospital Sibu pada sebelah malamnya.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, mangsa dikenali sebagai Mohd Syafiq Safery, 18, dan berasal dari Kampung Berlipat Baru, Jalan Punang, Lawas.

“Mangsa merupakan seorang pelajar menerima rawatan selepas mengalami cedera parah di kepala, namun disahkan meninggal dunia oleh pihak Hospital Sibu pada jam 10.45 malam tadi (malam kelmarin),” katanya ketika dihubungi semalam.

Dalam kejadian sekitar 7.30 pagi kelmarin, mangsa yang menunggang motosikal dipercayai hilang kawalan lalu merempuh bahagian belakang sebuah lori simen yang sedang bergerak dari arah Jalan Lanang menuju ke Jalan Ulu Sungai Merah.

Mangsa dikatakan tercampak dari motosikaln­ya yang juga tersangkut pada bahagian bawah belakang lori tersebut.

Mangsa yang didapati tidak sedarkan diri dan mengalami kecederaan parah di bahagian kepala kemudian dihantar ambulans ke Unit Kecemasan Hospital Sibu. “Kes ini disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkut­an Jalan (APJ) 1987,” tambah Stanley. Dalam kejadian berasingan di Bintulu, seorang lelaki terbunuh apabila motosikal yang ditunggang­inya terlibat kemalangan dengan sebuah lori di hadapan sebuah bengkel di Jalan Pesisir Bintulu-Miri malam kelmarin. Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkua­saan Trafik Bintulu Inspektor Jeffery Jembol berkata, penunggang motosikal yang meninggal dunia dikenal pasti sebagai Haryadi Zaini, 40, dari Kampung Pandan, Sebauh.

Katanya, kejadian dipercayai berlaku apabila mangsa keluar dari tepi jalan terus melintas ke jalan bertentang­an namun terjatuh dan dilanggar lori yang bergerak lurus dari arah Bintulu pada kira-kira jam 10.30 malam.

Berikutan itu katanya, mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Manakala pemandu lori berumur 57 tahun tidak mengalami kecederaan dan motosikal mangsa juga rosak di bahagian hadapan dalam kemalangan itu,” katanya.

Jelasnya, kawasan kejadian berlaku di jalan lurus berturap tetapi gelap tanpa lampu jalan dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 41(1) APJ 1987.

 ??  ?? TRAGIK: Mangsa maut di tempat kejadian dalam kemalangan di Jalan Pesisir Bintulu-Miri malam kelmarin.
TRAGIK: Mangsa maut di tempat kejadian dalam kemalangan di Jalan Pesisir Bintulu-Miri malam kelmarin.
 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia